6:53:00 pm

KEMPEN SAYANGI JANTUNG ANDA

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

KEMPEN SAYANGI JANTUNG ANDA : AMALAN HIDUP SIHAT

Anjuran PEKA1

3 Julai 2011
8am- majlis pembukaan ( parking lot dpn payung putih )
      - senamrobik
9am- UMP Walking Day
11am- booth pameran dan mini game ( sblh INA SHOPE)

4&5 Julai 2011
5pm- 7pm Futsal Match ( Lelaki dan Perempuan)

6 Julai 2011
5pm - Majlis Penutup & Hadiah (DBP)

* PENTING!!!
- WAJIB KEPADA SEMUA PELAJAR DIPLOMA KOLEJ KEDIAMAN 1
- terbuka kpd semua warga UMP lain yg berminat
- minuman dan roti disediakan utk  semua peserta UMP Walking Day
- penyertaan utk futsal terbuka kpd lelaki dan perempuan. 8 team utk lelaki dan 4 team utk perempuan. yuran penyertaan RM5 per group tp yuran PERCUMA utk wakil penghuni KK1 sahaja.
HADIAH HAMPER LUMAYAN UTK DIMENANGI!

kpd sesiapa yg berminat utk mnjd ajk/runner dlm menjayakn majlis ini, ( sjil disediakan ) sila hantarkn nama, no phone n id kpd pihak peka1. ( msj ke post kat wall ke..)

sekian terima kaseh!~ 
majulah sukan utk negara!~
jom jalan! badan sihat minda cergas!!! :)



6:45:00 pm

KEMPEN SAYANGI JANTUNG ANDA

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

PADA dasarnya, penyakit jantung adalah pembunuh senyap di kalangan wanita yang boleh diibaratkan sebagai bom jangka yang menunggu masa untuk meletup. Menurut data yang dikeluarkan oleh Pemantauan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Malaysia 2005/2006, faktor risiko NCD yang jelas, seperti hiperkolesterolemia, kenaikan glukosa darah, obesiti (kegemukan) dan sebagainya adalah lebih tinggi di kalangan wanita berusia 25 hingga 64 tahun berbanding lelaki dalam kumpulan usia yang sama.

Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, yang juga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM), penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di kalangan wanita di Malaysia dan di seluruh dunia sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.

"Penyakit jantung sentiasa dianggap sebagai penyakit lelaki kerana kaum lelaki mendapat penyakit ini 10 tahun sebelum wanita.

"Wanita dilindungi daripada penyakit jantung oleh tahap estrogen yang tinggi. Bagaimanapun, ini tidak bermakna wanita 'imun' atau lali kepada penyakit ini,” jelasnya.

Tambah Dr. Kah Lin, tahap estrogen turun apabila wanita sudah menopaus atau putus haid. Tahap trigliserida dan LDL (kolesterol jahat) di kalangan wanita yang berumur juga naik, bukan sahaja disebabkan menopaus tetapi juga disebabkan kenaikan berat badan dan penuaan. Semua ini menaikkan risiko penyakit jantung di kalangan wanita.

Jadi, sebelum putus haid, risiko wanita mendapat sakit jantung adalah lebih rendah berbanding lelaki.

Namun, keadaan berubah apabila putus haid. Risiko wanita mendapat penyakit jantung kini setara dengan lelaki.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kesedaran umum terhadap kesihatan wanita, khususnya berkaitan kanser payu dara dan kanser serviks (pangkal rahim), telah meningkat.

Kini wanita lebih menyedari tentang penyakit ini dan tahu cara untuk mengambil langkah pencegahan yang perlu untuk menjaga kesihatan mereka.

Tetapi mengapa penyakit pembunuh nombor satu di kalangan wanita ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya?

Inilah yang mendorong Kah Lin berusaha meningkatkan kesedaran di kalangan wanita, khususnya mereka yang berisiko tinggi. Baru-baru ini, Kah Lin sempat ditemuramah tentang usahanya meningkatkan kesedaran sakit jantung di kalangan wanita dan risiko yang dihadapi golongan ini.

Soalan

Walaupun mempunyai jadual tugas yang sibuk, Datuk tetap memainkan peranan aktif untuk menggerakkan kempen Go Red for Women di Malaysia sempena Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac. Mengapa?

Jawapan

Sebagai ahli Persekutuan Jantung Dunia, YJM ingin memainkan peranan dalam usaha menonjolkan penularan penyakit jantung di kalangan wanita. Sebagai seorang pakar kardiologi, saya berpendapat bahawa kesihatan jantung di kalangan wanita patut diberi lebih perhatian.

Wanita menjaga semua orang di keliling mereka, tetapi mereka sering mengabaikan diri mereka sendiri dalam proses menjaga orang lain.

Kempen antarabangsa Go Red for Women bertujuan untuk mengurangkan penyakit kardiovaskular (CVD) di kalangan wanita dengan meningkatkan kesedaran global dan komitmen kepada CVD di kalangan wanita.

Soalan

Bukankah penyakit jantung lebih kerap menyerang lelaki daripada wanita?

Jawapan

Pada umumnya, penyakit jantung memang dianggap menyerang kebanyakan lelaki, malah pakar penjagaan kesihatan profesional sendiri memberi lebih tumpuan kepada lelaki daripada wanita.

Salah tanggapan inilah sebenarnya yang menyebabkan kita perlu mendidik orang ramai amnya dan wanita Malaysia khususnya, tentang serangan penyakit jantung di kalangan wanita.

Seorang dalam setiap empat wanita Malaysia mati akibat penyakit jantung yang juga merupakan punca utama kematian di kalangan wanita. Kematian akibat sakit jantung adalah 2.5 kali lebih tinggi daripada kematian akibat semua penyakit kanser. Malah, dari tahun 1990 hingga 2005, penyakit jantung di kalangan wanita meningkat sehingga 135 peratus.

Soalan

Mengapa kadar kematian wanita yang disahkan sakit jantung begitu tinggi?

Jawapan

Biasanya saiz wanita adalah lebih kecil berbanding dengan lelaki. Ini menyukarkan rawatan, terutamanya apabila menggunakan kaedah angioplasti dan pembedahan bypass kerana saluran darah adalah lebih kecil.

Soalan

Apakah punca utama penyakit jantung di kalangan wanita?

Jawapan

Faktor risiko penyakit jantung adalah sama di kalangan lelaki dan wanita. Faktor yang paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung ini adalah Diabetes Mellitus, yang turut dikenali dengan risiko bersamaan kardiovaskular.

Ini bermakna, sekiranya anda merupakan pesakit diabetes, besar kemungkinan anda mempunyai penyakit jantung. Selain itu, obesiti, kolesterol tinggi, hipertensi, pengambilan lemak secara berlebihan, kurang bersenam, dan merokok turut menjadi faktor penyumbang kepada penyakit jantung.

Tambahan pula, risiko CVD di kalangan wanita menjadi lebih tinggi apabila usia mereka meningkat, disebabkan perubahan fisiologi yang dikaitkan dengan usia pertengahan dan menopaus, iaitu perlindungan semula jadi mereka daripada penyakit jantung.

Estrogen berkurangan apabila putus haid. Namun, wanita lebih muda juga perlu menjaga kesihatan jantung mereka.

Soalan

Saya dapat tahu kesedaran terhadap gejala awal serangan jantung boleh menyelamatkan nyawa. Apakah gejala jelas yang menandakan serangan jantung di kalangan wanita?

Jawapan

Faktor risiko di kalangan wanita adalah sama seperti lelaki, tetapi wanita yang mengalami serangan jantung mungkin tidak menunjukkan tanda amaran seperti lelaki. Angina atau lebih dikenali sebagai sakit dada, adalah tanda amaran awal serangan jantung.

Anda akan rasa himpitan dalam dada secara mendadak yang kemudian merebak ke lengan.

Ini adalah kerana jantung anda tidak mendapat cukup oksigen disebabkan pengumpulan plak dalam arteri jantung. Selain daripada itu, anda akan merasa sakit di bahagian rahang, bahagian depan leher dan juga lengan, terutamanya lengan kiri, kadang-kala sakit pada kedua-dua lengan dalaman. Gejala-gejala yang lain termasuk sukar bernafas dan keletihan.

Soalan

Seperti yang sering dikatakan, pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Jadi, soalan penting ialah bagaimana saya, sebagai seorang wanita, boleh mencegah serangan jantung?

Jawapan

Mengekalkan berat badan yang sihat adalah cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan jantung. Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam secara sederhana setiap hari selama 30 minit. Makan secara sederhana dan ambil makanan yang sihat untuk jantung.

Pilih makanan serat tinggi dan rendah lemak dan kurangkan pengambilan garam. Satu lagi langkah pencegahan yang mudah tetapi sangat berkesan ialah berhenti merokok, kerana merokok merosakkan jantung dan saluran darah.

Kawal tekanan darah dan tahap kolesterol andadan ketahui sejarah keluarga anda sama ada terdapat anggota keluarga yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan sakit jantung dalam usia muda (bawah usia 55 tahun bagi lelaki dan bawah usia 65 tahun bagi wanita).

Ini seharusnya memberi isyarat amaran awal untuk anda memberi lebih perhatian kepada kesihatan jantung anda.

8:25:00 pm
Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

Maju Gemilang
Universiti Malaysia Pahang
Taman Ilmuan Berkeunggulan
Menjana Insan Yang Cemerlang
Bagi Agama Bangsa dan Negara
Ilmu Yang Diterokai
Pasti Jadi Amalan
Demi Kemajuan Pertiwi
Bekal Masa Hadapan
UMP Menjulang Nama
Wadah Pendidikan Bangsa
UMP Megah dan Bangga
Lahirkan Cendekiawan Mulia
Universiti Malaysia Pahang
Terbilang Meraih Kejayaan
Meluaskan Wawasan Ilmu dan Kemahiran
Maju Gemilang Antarabangsa
Lagu/Seni Kata: D. Hermantoro

1:07:00 pm

IJAZAH BERKEMBAR FARMASEUTIKAL- UMP

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)


Wah....UMP semakin melangkah ke hadapan...bangganya saya menjadi warga ump...anda pun mesti bangga kan...marilah kita sama2 menghargai dan sentiasa bersyukur kerana terpilih melanjutkan pelajaran di UMP ini...Ada hikmahnya anda terpilih di sini.Mungkin tersurat takdir yang mengatakan titik kejayaan anda bermula di UMP..Setkan minda anda kembali dan jadikan sem baru ni sebagai satu semangat baru yang sangat jitu...TAPI anda perlu ingat orang yang cemerlang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tapi cemerlang dari segala segi samaada kokurikulum, komunikasi sesama manusia atau kepintaran mengawal emosi apabila menghadapi masalah.Oleh itu kami, PEKA 1 telah menyusun pelbagai program untuk anda mengembangkan lagi "softskill" anda dan mengamalkan gaya hidup sihat...kATA SAYANG UMP..jadi sama2lah kita 'support' program UMP....kita sama2 meriahkan program peka yer...InsyaALLAH anda akan dapat manfaatnyer...MAHASISWA-MAHASISWI -InsyaALLAH BOLEHH!!!!

11:41:00 pm

Makmal Berpusat Dilancar, UMP Jalin Kerjasama Bidang Kejuruteraan Teknologi Farmaseutikal

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

\

Makmal Berpusat Dilancar, UMP Jalin Kerjasama Bidang Kejuruteraan Teknologi Farmaseutikal


 

 



Kuantan, 17 Jun - Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini  melancarkan makmal berpusat yang akan menjadi pusat rujukan setempat bagi aktiviti penyelidikan dan pengujian  produk keluaran industri di Malaysia, khususnya di Pantai Timur. Majlis perasmian disempurnakan Exco Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohd. Sharkar Shamsudin mewakili Menteri Besar Pahang.
Makmal berpusat yang letaknya di Taman Teknologi & Inovasi UMP Gambang ini lengkap dengan peralatan berteknologi tinggi yang berupaya menjalankan pengujian terhadap bahan kimia, bioteknologi dan bahan material yang melibatkan ujian kualiti air, keselamatan makanan,  produk halal, ubat-ubatan, produk kecantikan dan lain-lain. 
Menurut YB Dato' Haji Mohd. Sharkar dalam ucapannya berkata, "Kewujudan makmal UMP ini akan merancakkan pembangunan industri berteknologi tinggi bagi produk makanan halal, bioteknologi, pusat  maklumat dan teknologi komunikasi (ICT) dan pusat teknologi pertanian dengan kedudukan yang   strategik di  Taman Teknologi Gambang ini ."
 
Pada masa yang sama, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Exco Penerangan, Sains, Teknologi & Inovasi negeri Pahang turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara UMP dengan Institut Teknologi Tallaght, Republik Ireland dan memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak  Organisasi Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) bagi  penawaran program  ijazah berkembar (Dual Degree) dalam bidang kejuruteraan teknologi Farmaseutikal.
Kerjasama dengan ITT dan MOPI dalam bidang industri farmaseutikal ini bakal melahirkan jurutera dan pakar teknologis mahir  untuk bersaing dalam pasaran kerja pada masa hadapan.
Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr, Daing Nasir Ibrahim berkata, "Kerjasama strategik dengan ITT yang mempunyai bidang kepakaran dalam bidang ini, apatah lagi Republik Ireland yang merupakan pelopor dalam industri farmaseutikal menjadikan program yang ditawarkan di  UMP  lebih berdaya saing."

 


Katanya, "Kerjasama dengan MOPI yang mempunyai 34 industri berlatar belakangkan industri farmaseutikal di Malaysia ini memberi peluang pelajar UMP  dalam mendapatkan pengalaman menjalani latihan industri semasa di semester keempat dan keenam."
Selain itu pelajar juga berpeluang menjalani latihan industri dalam semester kelapan di industri antarabangsa dalam mahupun luar negara," katanya.

Kerjasama ini dijangka dapat merancakkan pembangunan industri Farmaseutikal di Malaysia dengan kemudahan  fasiliti dan penyelidikan yang dijalankan di UMP. 
UMP merupakan universiti pertama di Malaysia yang akan menawarkan program  Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi (Farmaseutikal) bagi pengambilan sesi akademik  mulai tahun hadapan.

 

Majlis menandatangani memorandum disempurnakan Naib Canselor UMP dan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz, manakala ITT diwakili  Presidennya, Pat Maclaughin  dan  Ketua Sains ITT, Micheal Ahern. 
Sementara itu, Organisasi Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) diwakili Presidennya, Leonard Ariff Shatar dan Timbalan Presiden MOPI, Ching Kien Peng.
Hadir  menyaksikan detik bersejarah ini Duta Republik Ireland, H.E Declan Kelly  dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Dato' Hilmey Mohd. Taib.
  
Disediakan Oleh Unit Perhubungan Awam & Media Pejabat Naib Canselor

5:35:00 pm

VISI

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

  • Menjadi sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam memacu kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar serta menjadikan kebajikan pelajar sebagai keutamaan, demi merealisasikan UMP sebagai universiti teknikal bertaraf dunia.

5:29:00 pm

MISI

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

  1. Menerajui pembangunan sahsiah pelajar melalui program kepimpinan yang sistematik disamping menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang berkualiti sejajar dengan aspirasi universiti iaitu menjadi universiti teknikan bertaraf dunia.
  2. Membantu menangani masalah yang dihadapi oleh mahasiswa serta memperjuangkan hak-hak mahasisiwa didalam kolej kediaman

3:11:00 pm

TAHUKAH ANDA.....

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

  1. . Nama yang paling banyak digunakan diseluruh dunia adalah Muhamad 
  2. . Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk adalah Madu 
  3. . Siput boleh tidur selama 3 tahun. 
  4. . Dalam 18 bulan, 2 ekor tikus dapat membiak lebih dari sejuta ekor anak tikus.
  5. . Memakai headphone selama 1 jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda.
  6. . Setiap lipstik mengandungi sisik ikan .
  7. . Apa persamaan baju kalis peluru, printer laser, tangga kecemasan dan wiper kenderaan? Jawapannya : Semuanya ditemukan oleh PEREMPUAN.. Ha .

10:19:00 pm
Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

video
sebagai hiburan di kala anda kebosanan...... yang baik boleh di jadikan panduan.....

6:15:00 pm
Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

renungkan la bersama ...kawan2

6:01:00 pm

Tip Mengurangkan Tekanan

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

Salam dan selamat sejahtera....nmpaknyer ada yg mnjerit kegirangan ,ada pula hanya termenung,segelintir pula bersedih......maklumlah result baru jer diumumkan tgah hari td...TAHNIAH kepada yang berjaya...anda berjaya menggembirakan ibu bapa anda,,,kepada yg tidak berjaya LA TAHZAN....rezeki masing2...xpe next sem kita usaha lagi....jadikan ini sebagai pembakar semangat anda.... ALLAH s.w.t itu sentiasa bersama kita..


Ini terdapat sedikit tips tok mengurangkan tekanan....smoga berguna...HAYATI berSAMA..


  •  berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.Ia akan mberi ketenangan kepada kita di saat sedih ini
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 
  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.


  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 
  • Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
 “Kami menyampaikan kabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orangorang yang berputus asa”. Ibrahim berkata, “Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat”. (TQS. al-Hijr [15]: 55-56)
Semoga hari ini akan berjalan dengan baik...dan anda semua mampu mengatasi tekanan sebaik mungkin..pELAJAR UMP CEMERLANG,GEMILANG dan TERBILANG..InsyALLAH... Amin...

4:07:00 pm

MARI2 sUme PenDudUk UMP...PENTING Ni !!!!!!!!!!

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

FINAL EXAMINATION RESULTS FOR SEMESTER II 2010/2011 
Category: Academic

The above matter is referred.

The Special Senate Meeting which was held on the 13th of June 2011 has approved and verified the examination results for students of Universiti Malaysia Pahang. Students can check their result through E-Community at 12.00 PM, 15th June 2011 (Wednesday).

Kindly take note of the following important announcements:



1. Lecture session for Semester I Session 2011/2012 will begin on 12th September 2011.

2. Online course registration date: 29th August – 13th September 2011.

3. Course registration date with penalty (RM 30 per subject): 14th – 15th September 2011

4. Examinantion result slip can be collected from the Faculty on 12th September 2011.

5. Students who have finished their studies: Academic Transcript can be obtained from the Academic Management Division (BPA) on 4th July 2011.

6. Students who fail to remain in good academic standing:

i) Kedudukan Gagal (Diberhentikan Pengajian)– Letter of Dismissal will be sent to student, parent/guardian, first guarantor and second guarantor on 14th of June 2011. This can be checked through BPA Portal & notice board on 15th June 2011

ii) P1 (Pemulihan 1) and P2 (Pemulihan 2) - Letter of Academic Warning will be sent to student, parent/guardian, first guarantor and second guarantor on 15th of June 2011. This can be checked through BPA Portal & notice board on 15th June 2011.

7. Students who defer their studies: Re-registration letter will be sent to student on 30th June 2011.

8. Revision of examination grades: 12th – 15th September 2011. Grade Appeal Form can be obtained from the Academic Management Division (BPA). The payment for appeal & revision is RM50.00 per subject and should be made at the Student Finance Unit.


Should you have any inquiries, do not hesitate to come and meet us at Academic Management Division (BPA).


Thank you.

------------------------------
-----------------------------------------------------------------

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Mesyuarat Senat Kali Ke -75 Bil. 5/2011 (Khas) yang bersidang pada 13 Jun 2011 telah mengesahkan keputusan peperiksaan bagi pelajar Universiti Malaysia Pahang. Pelajar boleh melihat keputusan peperiksaan melalui E-community masing-masing mulai jam 12.00 tengahari 15 Jun 2011 (Rabu).

Berikut ialah beberapa pengumuman penting untuk tindakan dan rujukan pelajar :

1. Tarikh mula perkuliahan Semester I Sesi 2011/2012 ialah pada 12 September 2011.

2. Tarikh pendaftaran kursus (Secara Online) : 29 Ogos – 13 September 2011.

3. Tarikh pendaftaran kursus berdenda RM30 / kursus : 14 – 15 September 2011.

4. Tarikh pengambilan slip keputusan peperiksaan di fakulti ialah pada 12 September 2011.

5. Tarikh pengambilan Transkrip Akademik kepada pelajar yang tamat pengajian di BPA ialah pada 4 Julai 2011.

6. Pelajar yang gagal mengekalkan status akademik yang baik:

i) Kedudukan Gagal (Diberhentikan Pengajian): Surat pemakluman mengenai perberhentian pengajian dipos kepada pelajar, ibu/bapa/penjaga, penjamin 1 & penjamin 2 pada 14 Jun 2011. Senarai pelajar Kedudukan Gagal (Diberhentikan Pengajian) akan dipamerkan di portal BPA dan papan kenyataan BPA pada 15 Jun 2011

ii) Pelajar yang mendapat status akademik Pemulihan 1 & Pemulihan 2 : Surat amaran mengenai pencapaian akademik dipos kepada pelajar & ibu/bapa/penjaga pada 15 Jun 2011. Senarai pelajar Pemulihan 1 & Pemulihan 2 akan dipamerkan di portal BPA dan papan kenyataan BPA 15 Jun 2011

7. Surat panggil daftar semula pelajar yang menangguhkan pengajian : Surat akan diedarkan pada 30 Jun 2011.

8. Tempoh rayuan semakan keputusan peperiksaan berbayar : 12 – 15 September 2011. Sila dapatkan borang semakan di BPA. Kadar rayuan penyemakan adalah sebanyan RM 50.00 bagi setiap mata pelajaran. Semua pembayaran hendaklah dibuat dan dijelaskan sendiri oleh pelajar di Unit Penerimaaan & Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari.

Sekiranya pelajar mempunyai pertanyaan, sila berurusan di Kaunter Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Akademik.

Sekian, terima kasih.



http://
Posted by NURULL SYAMIMI BINTI AHMAD ABZAN, Jabatan Pendaftar
15 JUN 2011

4:53:00 pm

TIPS MAHASISWA GEMILANG...

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)


XSume org mampu mysuaikan diri di tmpat asing trutama khdupan di unvrsiti yg byk ranjaunya....xkirala mahasiswa trsebut dari ngri Pahang atau jauh bribu kilometer dr sini...psti mberi kesan kpd khdpn sharian utk mlalui liku hdup di UMP ini...

Jadi....cube tips ni..mnalah thu boleh mbantu....kpd pelajar DIPLOMA anda prlu baca...PENTING..!!

1.ATUR MASA - Masa amt pntg...kalu boleh wat senrai keje yg prlu dilksanakan....lksanakn scpt mgkin...khdpn di UMP ni walaupn diberi msa 28 jam shari pn msh xckup...Kalu xrncg dgn sebaik mgkin...anda mgkin tjerat dgn STRESS....AWAS yer...

2. Ikuti aturan. Luangkan waktu untuk membaca dan peka dgn keadaan sekeliling Tugas Anda untuk belajar dan mengikuti peraturanUMP. Jika Anda menemui  masalah dan tidak dapat menemukan jawaban, tanyakan kepada kami,PEKA 1. Anda boleh emel kami di
Peka1ump@gmail.com ataw group PeKa1 2011/2012@facebook

3.Sistematik dalam belajar,mst  Tahu kemahiran mengingat:
  •      tampal nota-nota penting di dinding, biar warna wrna....bru otak kanan kiter jgk bfgsi skali
  •      tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
  •      gunakan kaedah akronim
  •      reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
  •      pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
 4.Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa 
  • kita ingat 10 % apa yang dibaca
  • kita ingat 20% apa yang didengar
  • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
  • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
5.Sentiasa awal dan mendahului:
  •   persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
  •   pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
  •   belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
  •  untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.



6.     Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan. Xkesah la lecturer kita 2 ajr xphm ker..ckp mcm krtapi trtgl stesen ker...yg pntg kiter g kuliah...skurang2nyer kiter dapat rangka bayangan topic hari itu.

7.     Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih. rehat sebentar setiap 20 minit .kalu memang xmampu bertahan...teruskan rehat anda...ini kerana otak yang letih tidak mampu menyerap mklmat...tindakan anda akan jd sia2...

8.     TAPI....jangan tido berlebihan yer....berdasarkan pglaman..tido yang berlebihan akan mmbuatkan otak anda lbh lmbab dan byk masa terbuang...isi masa yg ad dgn mbuat keje yg berfaedah...


9.     Tahu petua-petua agar tidak lupa:
  •        jangan makan kepala ikan
  •  jangan makan organ dalaman
  •   jangan minum semasa makan
  •      jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
  •      jangan melihat kemaluan
  •   jangan melihat buih
  •      jangan membaca nama pada batu nisan
  •      banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
  •   banyakkan makan kismis, kurma dan madu
  •      banyakkan makan kekacang
  •   pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  •      jangan makan sehingga terlalu kenyang
  •      jangan kencing berdiri


10.     Ciri-ciri pelajar cemerlang:
  •   taat kepada Allah
  •   mendirikan sembahyang
  •   menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
  •   hormati & sayangi guru
  •   bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
  •   suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
  •   membantu rakan yang memerlukan
  •   berdoa dan bersyukur kepada Allah
  •   sentiasa bertawakal
  •   mahir dalam setiap mata pelajaran



Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.Kepada  mahasiswa yg terpilih ke UMP...smoga anda mampu mysuaikan diri  di sini dan bersaing untuk kejayaan masing.... Bina Citra positif dalam diri anda..

Orang cemerlang sentiasa mencari ‘emas’ dalam diri. Tuhan mencipta manusia dengan sempurna, tetapi kebanyakan orang tidak sedar akan kehebatan dirinya. Dengan mengenal diri secara mendalam, kita dapat menerobos sempadan diri. Berikut ialah tips yang telah dipetik dari Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.