- Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)
- ...Kebajikan anda, tanggungjawab kami...
-
Salam bertemu kembali..Hari ni kita cerita pasal coklat plak...Sape minat coklat??...Kalu xminat pun kena minat jgk sebab kajian dari itali ...
-
Mari tinjau jap cik anim aniemah ni jual ape? OOOOoo...T-shirt peka 1 rupanya.... Jadi sapa yg berminat boleh la berurusan dengan cik anim a...
-
24.9.2011,SABTU- Bengkel pemantapan seketriat peka 1 telah di adakan di blok WDK13 &WDK14 pada pukul 9pagi, bengkel tersebut di mulak...
-
Tahukah anda berbagai manfaat dari membiasakan diri bangun pagi? ANTARANYA: Anda dapat menikmati udara segar yang belum tercemar. Saat itu...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Saudara/saudari, Taklimat berkaitan Sistem Permohonan Kolej Kediaman bagi sesi 2011/2012 akan dia...
About Me
LInk AduAn
Blog Archive
Popular Posts
EXTRA LINK...
Tip Mengurangkan Tekanan
Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)Ini terdapat sedikit tips tok mengurangkan tekanan....smoga berguna...HAYATI berSAMA..
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.Ia akan mberi ketenangan kepada kita di saat sedih ini
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. “Kami menyampaikan kabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orangorang yang berputus asa”. Ibrahim berkata, “Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat”. (TQS. al-Hijr [15]: 55-56) | ||
| Semoga hari ini akan berjalan dengan baik...dan anda semua mampu mengatasi tekanan sebaik mungkin..pELAJAR UMP CEMERLANG,GEMILANG dan TERBILANG..InsyALLAH... Amin... |
MARI2 sUme PenDudUk UMP...PENTING Ni !!!!!!!!!!
Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)FINAL EXAMINATION RESULTS FOR SEMESTER II 2010/2011
Category: Academic
The above matter is referred.
The Special Senate Meeting which was held on the 13th of June 2011 has approved and verified the examination results for students of Universiti Malaysia Pahang. Students can check their result through E-Community at 12.00 PM, 15th June 2011 (Wednesday).
Kindly take note of the following important announcements:
1. Lecture session for Semester I Session 2011/2012 will begin on 12th September 2011.
2. Online course registration date: 29th August – 13th September 2011.
3. Course registration date with penalty (RM 30 per subject): 14th – 15th September 2011
4. Examinantion result slip can be collected from the Faculty on 12th September 2011.
5. Students who have finished their studies: Academic Transcript can be obtained from the Academic Management Division (BPA) on 4th July 2011.
6. Students who fail to remain in good academic standing:
i) Kedudukan Gagal (Diberhentikan Pengajian)– Letter of Dismissal will be sent to student, parent/guardian, first guarantor and second guarantor on 14th of June 2011. This can be checked through BPA Portal & notice board on 15th June 2011
ii) P1 (Pemulihan 1) and P2 (Pemulihan 2) - Letter of Academic Warning will be sent to student, parent/guardian, first guarantor and second guarantor on 15th of June 2011. This can be checked through BPA Portal & notice board on 15th June 2011.
7. Students who defer their studies: Re-registration letter will be sent to student on 30th June 2011.
8. Revision of examination grades: 12th – 15th September 2011. Grade Appeal Form can be obtained from the Academic Management Division (BPA). The payment for appeal & revision is RM50.00 per subject and should be made at the Student Finance Unit.
Should you have any inquiries, do not hesitate to come and meet us at Academic Management Division (BPA).
Thank you.
------------------------------
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Mesyuarat Senat Kali Ke -75 Bil. 5/2011 (Khas) yang bersidang pada 13 Jun 2011 telah mengesahkan keputusan peperiksaan bagi pelajar Universiti Malaysia Pahang. Pelajar boleh melihat keputusan peperiksaan melalui E-community masing-masing mulai jam 12.00 tengahari 15 Jun 2011 (Rabu).
Berikut ialah beberapa pengumuman penting untuk tindakan dan rujukan pelajar :
1. Tarikh mula perkuliahan Semester I Sesi 2011/2012 ialah pada 12 September 2011.
2. Tarikh pendaftaran kursus (Secara Online) : 29 Ogos – 13 September 2011.
3. Tarikh pendaftaran kursus berdenda RM30 / kursus : 14 – 15 September 2011.
4. Tarikh pengambilan slip keputusan peperiksaan di fakulti ialah pada 12 September 2011.
5. Tarikh pengambilan Transkrip Akademik kepada pelajar yang tamat pengajian di BPA ialah pada 4 Julai 2011.
6. Pelajar yang gagal mengekalkan status akademik yang baik:
i) Kedudukan Gagal (Diberhentikan Pengajian): Surat pemakluman mengenai perberhentian pengajian dipos kepada pelajar, ibu/bapa/penjaga, penjamin 1 & penjamin 2 pada 14 Jun 2011. Senarai pelajar Kedudukan Gagal (Diberhentikan Pengajian) akan dipamerkan di portal BPA dan papan kenyataan BPA pada 15 Jun 2011
ii) Pelajar yang mendapat status akademik Pemulihan 1 & Pemulihan 2 : Surat amaran mengenai pencapaian akademik dipos kepada pelajar & ibu/bapa/penjaga pada 15 Jun 2011. Senarai pelajar Pemulihan 1 & Pemulihan 2 akan dipamerkan di portal BPA dan papan kenyataan BPA 15 Jun 2011
7. Surat panggil daftar semula pelajar yang menangguhkan pengajian : Surat akan diedarkan pada 30 Jun 2011.
8. Tempoh rayuan semakan keputusan peperiksaan berbayar : 12 – 15 September 2011. Sila dapatkan borang semakan di BPA. Kadar rayuan penyemakan adalah sebanyan RM 50.00 bagi setiap mata pelajaran. Semua pembayaran hendaklah dibuat dan dijelaskan sendiri oleh pelajar di Unit Penerimaaan & Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari.
Sekiranya pelajar mempunyai pertanyaan, sila berurusan di Kaunter Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Akademik.
Sekian, terima kasih.
http://
Posted by NURULL SYAMIMI BINTI AHMAD ABZAN, Jabatan Pendaftar 15 JUN 2011
TIPS MAHASISWA GEMILANG...
Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)- tampal nota-nota penting di dinding, biar warna wrna....bru otak kanan kiter jgk bfgsi skali
- tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- gunakan kaedah akronim
- reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
- kita ingat 10 % apa yang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
- kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan
- persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
- pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
- belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
- untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
- jangan minum semasa makan
- jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
- jangan melihat kemaluan
- jangan melihat buih
- jangan membaca nama pada batu nisan
- banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
- banyakkan makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan makan kekacang
- pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
- jangan makan sehingga terlalu kenyang
- jangan kencing berdiri
- taat kepada Allah
- mendirikan sembahyang
- menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
- hormati & sayangi guru
- bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
- suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
- membantu rakan yang memerlukan
- berdoa dan bersyukur kepada Allah
- sentiasa bertawakal
- mahir dalam setiap mata pelajaran
Walaupn program CO-lead ni da lama berakhir tapi kami masih lagi bersmgat.... Kpd plajar Diploma....sekiranya ad sbrg masalah sila hbgi kami...kami sentiasa bersama anda sebagai teman prjuangn....
Selamat datang kepada pelajar baru yang kini merupakan mahasiswa dan mahasiswi UMP...Tahniah diucapkan kerana telah berjaya dan terpilih melanjutkan pelajaran di UMP...
Kepada penghuni-penghuni Kolej Kediaman 1 yang baru sahaja mendaftar, selamat datang diucapkan daripada barisan PEKA 1 dan kami amat berbesar hati menerima kehadiran anda sebagai rakan dan jiran kami yang baru di Kolej Kediaman 1...
Insyaallah pelbagai aktiviti yang menarik bakal dianjurkan bagi memberi peluang kepada anda merasai 'student life' di UMP...







