1:53:00 am

COKLAT CEGAH PENYAKIT

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

Salam bertemu kembali..Hari ni kita cerita pasal coklat plak...Sape minat coklat??...Kalu xminat pun kena minat jgk sebab kajian dari itali menunjukkan coklat merupakan senjata baru untuk mencegah diabetes.Betul ke? Betul la ni...Di mana dengan mengamalkan mkan coklat pekat, ia di katakan dpt menurunkan risiko kerosakan dalam tubuh yg menjadi penyebab terjadinya diabetes.

TETAPI.....
KENAPA COKLAT  DI LABEL NEGATIF?
Coklat mengandungi sjenis bioaktif yg bermanfaat untuk mencegah terjadinya pengumpulan kolestrol pada dinding pembuluh darah. Selain itu, coklat juga menghasilkan antioksida untuk mengendalikan radikal bebas penyebab kanser.
Bagaimanapun, oleh kerana coklat mula diolah mjadi mkanan spti chocolate bar, dan blact forest cake yg sarat dgn gula dan lemak. Secara tidak lgsung kpntingan coklat terhadap tubuh badan di pertikaikan.Sebab itulah mkanan lazat drpada Amerika Tengah dan Selatan ini diberi label negatif. Apapun ianya bergantung kepada anda semua,yang penting jangan ambil dalam kuantiti yang banyak.INGAT tu!!



COKLAT BUKAN LAGI MUSUH
Pada tahun 2001, The American Cocoa Research Institute menemui bukti bahawa coklat serbuk dan Dark Chocolate boleh mendorong terbentuknya kolestrol baik di dalam tubuh manusia hingga 4%.Ini kerana coklat mengandungi 1/2 avanoid dan polifenol, iaitu antioksida yang boleh menurunkan kadar kolestrol,mengurang risiko tekanan darah tinggi,mengurangkan kesan penuaan,dan membersihkan radikal bebas dalam tubuh.



SUSU COKLAT=SPORT DRINK
Mesti ramai antara kamu yang bersenam kerap mengambil sport drink sebagai minuman penambah tenaga setiap kali selesai bersenam kan?..Kini kamu boleh bertukar kepada susu coklat.
Berdasarkan kajian di Indiana University, US minum susu rendah lemak juga boleh memberi tenaga. Malah susu coklat juga umpama sport drink yang boleh merangsang tenaga.


CEGAH STROK
Nak tahu tak,coklat boleh melindungi kita dari Strok?..Jom Baca....
Hasil penyelidikan University California,Coklat membantu mencegah terjadinya pembekuan darah. Ini kerana coklat mengandungi pengaruh yang sama dengan aspirin yang dikenali sebagai anti pembekuan darah.



PENYEBAB KEGEMUKAN?BETUL KE?
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Havard menunjukkan coklat tidak akan menyebabkan seseorang itu gemuk sekiranya mereka menjalani kehidupan yang aktif dan sihat, serta mengamalkan makan makanan seimbang.

TAHUKAH ANDA
Biji coklat mengandungi lemak (31%),karbohidrat (14%) dan protein (9%). Protein coklat kaya juga kaya dengan amino triptofan,fenilalanin, dan tyrosin. 




Sekiranya kamu pengemar coklat pasti ini satu berita gembira kan.Marilah nikmati kelazatan coklat serta khasiatnya tapi jangan lebih-lebih tau....Tubuh akan menjadi lebih segar dan bertenaga sekiranya kamu menikmati coklat secara rutin...Ok,semoga berjumpa lagi di lain info...Salam 1 Ump..

3:52:00 am

Erkkk....!!! Nafas Berbau

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

Hai...Jumpa lagi....Kali ni topik apa la yer....Jom baca.Ermmm,Mungkin kamu tergolong dalam org yg bertuah kerana memiliki segala-galanya, bijak, cantik dan pandai bergaya. Bagaimanapun, semua itu tenggelam apabila kamu mula bersuara...Betol ke? Cube imbas kembali..hehehhe...Masalah nafas berbau bukan sahaja mencacatkan penampilan malah is secara tidak langsung juga boleh membuatkan kalu hilang keyakinan diri. 

PUNCA-BAU NAFAS
BACTERIA
Bakteria antara punca utama bau nafas.Masih ingat lagi pesanan ibu bapa dan guru sewaktu kecil agar menggosok gigi sebelum tidur? Menurut pakar pergigian, bakteria mulut,anaerobic,punca utama masalah ini berlaku. Ia hidup dan membiak di dalam mulut dengan sisa protein makanan yang melekat di celah gigi dan gusi. Bagi memudahkan penghadaman, makhluk halus ini melarutkan sisa protein dengan gas volatile sulfur compounds (VSCs). Bau gas ini lebih busuk daripada telur tembelang atau perot ikan.

Walaupun cepat membiak,bakteria ini juga mudah mati apabila terdedah kepada oksigen. Justeru itu, ia gemar bersembunyi dan membuat sarang di tempat terselindung terutamanya di bawah lidah. Sarangnya berlapis-lapis daripada lendir dan cecair sisa makanan. ketika proses ini, gas VSCs dilepaskan berterusan, membuatkan nafas kamu berbau.


MULUT KERING
Air  liur penting untuk mengawal kesegaran nafas. Bagaimanapun pengeluaran air liur yg brkurangan ketika tidur, menyebabkan mulut kering dan nafas berbau setiap pagi. Bagaimanapun jika mulut kering pada waktu siang, ia petanda ada penyakit lain atau kesan sampingan kandungan dadah di dalam ubat yg diambil.

TITISAN UBAT HIDUNG
Lendir juga mudag terbentuk kesan daripada penggunaan ubat titis di dalam hidung untuk mengubati selesema,alahan atau penyakit lain sprti resdung. lendir ini terkumpoul di dalam rongga hidung menjadi tempat terbaik bakteria bersarang. Sebaik-baiknya gunakan ubat sembur pemecah lendir utk mengurangkan dan mengatasi masalah nafas berbau.

DIET
Biasanya ketika mengunyah makanan, pengeluaran air liur akan meningkat. Dan sekiranya kamu berdiet, ini bermakna kamu kurang makan sekali gus air liur juga kurang dirembeskan menyebabkan nafas berbau

PENGELUARAN HORMON
Biasanya wanita menghadapi perubahan hormon beberapa hari sebelum haid. Ia bukan sahaja menyebabkan mood berubah,tetapi juga menjejaskan keadaan bau nafas kerana ketika ini darah mengandungi protein berlebihan dan sangat disukai bakteria anaerobik.

JENIS MAKANAN
Makan jangan sebarangan makan kerana sesetengah jnis mkanan boleh myebabkan nafas berbau.Antaranya,makanan yg mgandungi sulfur seperti bawang putih,kubis,brokoli dan bawang. Gas sulfur dalam makanan diserap ke dalam darah melalui perut kemudian ke paru-paru sebelum dilepaskn menerusi pernafasan.

11:59:00 pm

5 FAKTA STRESS

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

Salam 1 ump....Apa khabar semua....Stress kah anda minggu ni?.....Sebab ape yerk? sebab NEGERI SEMBILAN menang ataw minggu ni MINGGU TEST SEDUNIA.Hehhehehehe..Jangan stress...Jom kita lihat fakta stress hari ini....
  • Kajian Universiti Berlin,Jerman, mendapati 1 minit ketawa bersamaan dengan 45 minit senaman ringan yang melegakan tekanan. Ini bermakna ketawa dapat mengelakkan stress. So jomlah kita ketawa...Tak kiralah sedih o gembira. Ermmmm.Boleh ke gi tu?Hehehehe...Tepuk Dada Tanyalah Hati k...hehhehe
  • Kata pakar, 20minit bermain PlayDoh dapat mengurangkan tekanan darah. Aktiviti menguli, mengepal, dan memicit menghilangkan tekanan. Jadi segeralah dapatkan PlayDoh untuk hilangkan stressmu di MYDIN , ECM o MEGAMALL.

  •  Membelai binatang peliharaan adalah satu cara untuk mengelak stress. Jadi peliharalah binatang seperti kucing, arnab atau hamster untuk mengelak stress.
  • Banyak memakan seafood, beras perang dan kekacang. Semua ini adalah pemangkin thiaccin , ntuk meransang mood.
  • Makan kari?Menurut kajian terbaru hidangan pedas dan berempah dapat meningkatkan keseronokan mood seseorang. Jadi banyakkan makan kari dalam menu kamu..Jadi, esok serang lauk kari kat kafe masing-masing k..Hehehehe

Sedapnyer kari ayam nie...lapar plak...


Semoga fakta ini dapat membantu anda mengendalikan stress anda..Hehehehe...Jumpa lagi.... : )



1:02:00 am

JOM TINJAU EXCO KEUSAHAWANAN PEKA 1 JAP....^^

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

Mari tinjau jap cik anim aniemah ni jual ape?
OOOOoo...T-shirt peka 1 rupanya....
Jadi sapa yg berminat boleh la berurusan dengan cik anim aniemah ni...
InsyaAllah puas hati...Bila lagi nak ada T-shirt macam ni...
Untuk kk1...jangan risau kami tetap menjaga kebajikan anda....Harga yang cukup terendah dan terbaik tok anda....
KK len jangan cemburu k...xjauh beza pun harganya...JOM BELI 1,2,3 helai pun boleh...hehehehehehe
Banyak option boleh pilih....
LENGAN PANJANG ATAW LENGAN PENDEK
BERKOLAR ATAW X BERKOLAR
HITAM ATAW PUTIH
Pasti puas hati....

TERBEKKKKKKKKKK....Cik anim

11:09:00 am

Jom Santai Jap....^^

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)


Salam ukhuwah semua....Apa khabar? Ada sebarang masalah di KK1?....
Semoga tidaklah hendaknya....aduan kerosakan  link terus ke pejabat KK1...InsyaAllah akan selesai..
Mesti anda sibuk kan minggu ni dengan assignment, test, kuiz, presentation, ...sabar2...JOM BACA JAP..
Hari ni sedikit perkongsian ilmu sahaja....
Sekadar peringatan untuk semua penghuni...sama2 lah kita jaga adab antara satu sama lain, jaga pemakaian kita....bukan nak cakap apa... Dahlah budaya budak u kita ni aktif "giler" sampai tgah malam....Bila malam je penuh ina shop..Bila siang je penuh bilik (tido)..Bukan nak tuju pada sapa2...cuma nak nyatakan kan kat sini...Kita ada peraturan , kalu anda sedar di tempat laluan pejalan kaki ke Ina Shop 2..Pasti rakan-rakan ada lihat peraturan yang telah di nyatakan....Ikutlah peraturan tu...Sama-sama menjaga antara satu sama lain... Xmarah pun nak wat perbincangan malam-malam tapi ada hadnya..
Pakaian plak....wahai rakan-rakanku jagalah pemakaianmu....Janganlah turun pakai singlet jer...tergugat iman laki-laki kat ina Shop 2..Etika pemakaian ada di nyatakan...Penat-penat je UMP wat banner untuk etika pemakaian tu....^^peace

Batasan aurat wanita Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].


Erm..walaubagaimana pun...kami di barisan peka sendiri berharap sangat penghuni KK1 ni terbaik dari segi tingkahlaku,adab dan segala2nya lah..Kitakan MAHASISWA BOLEH...Mesti bolehnya...
Andai ada terasa dengan post ini...saya minta maaf lah...Sekadar peringatan sahaja....
MAHASISWA/MAHASISWI KK1 BOLEH....!!!!!

8:37:00 am

JOM MAHASISWA BANGUN PAGI

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

Tahukah anda berbagai manfaat dari membiasakan diri bangun pagi?
ANTARANYA:
  • Anda dapat menikmati udara segar yang belum tercemar. Saat itu sangat tepat bagi untuk memasukan sebanyak mungkin udara segar ke paru-paru dengan berolah raga. Dengan kata lain, membiasakan bangun pagi dapat membuat pikiran dan tubuh anda jauh lebih sihat.(Erm, nyaman nya suasana pagi UMP ni)
  • Di pagi hari, anda akan melihat semua hal berbeza dibandingkan pada waktu-waktu setelahnya. Kalu kita bangun pagi hari lain, mesti suasana pagi 2 semua orang berpusu2 g kuliah.Makin tension lak kita kan. TAPI....hujung minggu ni, mood pun tenang je....BEST sgt untuk siapkan semua keje.
  • Bangun pagi juga dapat meningkatkan produktiviti bahkan disiplin pribadi anda. Kalau anda bangun lambat ( sampai kul 1tgh hari) kemungkinan anda mempunyai waktu yang terhad tok siapkan sume keje.(contoh CLEANING YOUR ROOM YANG KOTOR 2....hehhehe)
Bestnyer kalu dapat tenangkan fikiran kat tempat ni pagi2 mcm nie....Kompom jiwa ni tenang dan makin proaktif tok lagi smgu kan....
SAMBUNGAN MANFAAT BANGUN PAGI......
  • Tubuh mendapat nutrisi penting.Dengan bangun pagi, waktu untuk sarapan pasti ada. Sarapan adalah bahan bakar bagi tubuh kita untuk melakukan berbagai aktiviti seharian. Kita pun memiliki waktu untuk menyiapkan sarapan yang sehat, lezat dan bergizi.
  •  Tidur lebih berkualiti.Seperti diketahui dengan tidur yang cukup mampu mengurangi berbagai efect negatif pada wajah seperti penuaan  atau kedutan. Dengan bangun pagi, irama pada tubuh akan menjadi stabil. Keadaan ini secara tidak langsung akan memperbaiki kualiti tidur.
Tip: Untuk membiasakan agar bangun pagi letakkan alarm tidak jauh dari tempat tidur anda. Atur jjam 30 minit lebih cepat dari biasanya selama beberapa hari.
  • Akhir sekali, pagi2 ni la ubat terbaik tok mata yang rabun..Luangkan masa 5minit untuk  melihat pemandangan hijau...Insyaallah sistem saraf mata akan relax dan mata anda pun senang ati (sebab da letih hari2 tgk nota kuliah).Ciptaan yang Maha Pencipta itu cukup sempurna. Insya-Allah.
MAHASISWI/ MAHASISWA BOLEH!!!!!!!!!

7:55:00 am

KEMPEN BANTERAS VANDALISME N ANTI MEROKOK-turun ramai2

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)


 AYUH SAMA2 TURUN KEMPEN BANTERAS VANDALISME DAN ANTI MEROKOK

"BELIA BENCI ROKOK,BELIA BENCI VANDALISME...."

TUNJUKKAN SOKONGAN ANDA..^^ MAHASISIWA BOLEH!!!!
Anjuran PERWAKILAN MAHASISWA KOLEJ KEDIAMAN