7:52:00 pm

program terbaru...yokk ramai2 warga UMP GAMBANG

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)


BENGKEL PENGURUSAN DIRI DAN STRESS

Tarikh : 17 Disember 2011 / Sabtu
Tempat : WDKU 2, UMP Gambang
Masa : 8.30 pg - 4.30 ptg
Penceramah : Dr. Kamarulzzaman Bin Ahmad

Bengkel ini diutamakan kepada pelajar UMP Gambang yang dianjurkan oleh PEKA 1 dengan kerjasama SAFFAD. Objektif program adalah untuk membantu pelajar untuk menguruskan diri & stress supaya dapat menangani masalah-masalah yang timbul akibat daripada stress.

Sijil dan merit diberi kepada peserta. Makan dan minum juga disediakan.

Untuk pedaftaran sila berikan maklumat seperti dibawah :
Nama Penuh
Nombor ID
Nombor IC
Nombor Tel
Kolej Kediaman

atau sms pada Amirul (012-7697367), Shahrul (013-4506200)

2:57:00 pm

SANTAI>>>>

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)



1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.



6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

11:37:00 pm

SOYA - enak & sihat

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)


Soya... di sebalik bentuknya yang kecil, kacang soya mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan badan. Ia juga efektif untuk menjaga tubuh dari beberapa penyakit yang berbahaya.

KANDUNGAN SOYA
Zat Besi dalam kacang soya mampu 
  • melindungi tubuh dari anaemia
  • membekalkan oksigen dalam darah

Kacang soya juga mengandungi vitamin B kalsium dan magnesium. Sekiranya di ambil secara kerap, berkemungkinan untuk terkena penyakit tulang atau gigi rapuh dapat di elakkan.


Kacang soya yang di olah menjadi tempe, susu soya, atau tauhu mampu membekalkan khasiat yang sama seperti daging. 

Kandungan isoflavon yang terdapat di dalam kacang soya mampu menurunkan kadar kolestrol jahat dan kacang soya juga dianggap sebagai pengganti protein yang berkualiti tinggi.
  • Menyimpan isiflavon di dalam tubuh ternyata menguntungkan kerana ia bukan sahaja berfungsi mengurangkan sistem menopaus, tetapi juga dapat mengurangkan risiko pertumbuhan sel kanser seperti kanser prostat, payu dara, rahim dan usus..INGAT TU!!!


KESANNYA?
Antara manfaat soya ialah membolehkan seseorang itu terhindar daripada masalah penyempitan pembuluh darah dan stroke.. Kamu perlu tahu......stroke bukan sahaja menyerang mereka yang berumur sahaja, bahkan golongan muda seperti kamu juga tidak akan terlepas daripada masalah ini. Jadi marilah sama-sama kita menjaga diri kita untuk hidup yang lebih bermakna.


TAHUKAH KAMU???
  • Makanan yang berasaskan soya boleh menggantikan tenaga yang hilang setelah melakukan aktiviti luar yang lasak
  • Manakala buat si gadis yang sentiasa ingin tampak ramping dan langsing, susu soya adalah pilihan terbaik..Ini kerana kandungan kalorinya yang sangat rendah akan membuatkan kamu berasa selamat ketika menikmatinya.


1:37:00 pm

6 tips jadi sahabat diri sendiri

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)



Assalamualaikum dan salam 1 Ump....

Topik apa la hari ni kan....kami peka sentiasa bersenang hati ingin berkongsi info dan tip untuk anda semua...Jadi untuk hari ni...6 TIPS JADI SAHABAT DIRI SENDIRI...Jadi sahabat diri sendiri?..Pelik ke bunyi nyer? Kamu biasanya mempunyai teman baik , geng yang paling ngam dengan kamu namun tak pernah plak rasa diri kamu kamu boleh menjadi sahabat yang paling sejati dan jujur....Betul tak? Namun , bagaimana mahu menjadi sahabat diri sendiri?... Jom semak


Berani pertahankan diri

Kadangkala,apabila mempunyai teman baik atau teman-teman, mereka akan memainkan peranan untuk mempertahankan kamu apabila dilanda masalah. Namun, sebenarnya , sekiranya tiada teman yang mahu membela kamu, diri kamu adalah sahabat paling baik untuk mempertahankan setiap pendapat kamu. Beranikan diri untuk bersuara dan mempertahankan pendapat dan membela diri. Mesti konfiden baru la ada berani....

Luaskan pergaulan

Tidak semestinya bergaul dengan teman-teman yang popular, anda pun turut popular. Yakin dengan kemampuan dan diri kamu sendiri, luaskan pergaulan dengan cara tersendiri. Pasti ia lebih baik dan ramai yang akan kenal siapa kamu. Gunakan diri dan jangan gunakan orang lain untuk dikenali..Ingat tu  : )

Cantik

Dia cantik la...Saya x pun? Perlu ke membandingkan diri kamu dengan orang lain. Menyakitkan diri sendiri je..Banyak kekurangan yang kamu peroleh tapi pasti ad kelebihan yang tersendiri.Namun, cuba kamu tengok diri sendiri dan puji apa yang di anugerahkan kepada kamu. Kritik apa yang perlu diperbaiki. Beri peluang diri kamu untuk menjadi dirinya...Pasti lebih menarik bukan?

Masalah Cinta

CINTA<CINTA>CINTA....MASALAH jer...Sekiranya Kamu berkongsi masalah cinta dengan teman baik, dia akan menggalakkan kamu untuk membenci teman lelaki kamu.Pernah x terkena situasi begini?..Ermmm,..Namun, apabila kamu percaya kepada diri kamu dan yakin dengan keputusan yang kamu buat untuk masalah yang melanda kamu, segala rahsia tidak terbongkar. Malahan, imej negatif teman lelaki kamu hanya akan diketahui oleh kamu dan diri sendiri sahaja...


Perbaiki diri

Setiap orang mempunyai kelemahan dan sikap yang buruk. Memang orang lain boleh memberitahu keburukan kamu tetapi pasti kamu akan berasa malu dan terasa kan?..Betul x? Namun diri kamu sendiri boleh membantu kamu untuk memandang diri serta memperbaiki segala kelemahan yang ada. Malahan, diri kamu akan menjadi lebih jujur berbanding orang lain.

Ceria

Ketika kamu dilanda masalah yang menyedihkan, pasti kamu memerlukan teman-teman untuk menceriakan keadaan. Tetapi, jika  teman-teman tiada, kamu mempunyai diri sendiri untuk menceriakan diri kamu. Malahan, kamu tahu apa yang diperlukan untuk mengembalikan keceriaan kamu kan...! Lebik baik menggembirakan diri sendiri..betul x?


Semoga  tips ini dapat membantu anda menjadi lebih baik dan semakin sAyang pada diri sendiri..Jumpa lagi..... ;)

2:58:00 am

KISAH PEREMPUAN (suara hati lelaki )

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)


 
Salam 1 Ump...Apa khabar? Hari ni kita relax kejap dengan post terbaru ni yer....Sekali -sekala, kita cuba yang baru....Semoga anda semua suka... : )

Suara lelaki UMP...betol ker?Jom...

Kalau lelaki kacak pendiam
Perempuan akan cakap :"Wow,'cool'!"
Kalau lelaki tak kacak pendiam
Perempuan akan cakap :"Ek eleh perasan bagus!"

Kalau lelaki kacak buat jahat
Perempuan akan cakap :"Nobody's perfect"
Kalau lelaki tak kacak buat jahat
Perempuan akan cakap :"Memang....muka pun macam pecah rumah!"

Kalau lelaki kacak menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan cakap :"Wah! Machonya....macam hero filem !"
Kalau lelaki tak kacak menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan cakap :"Entah-entah kawan dia agaknya..."

Kalau lelaki kacak dapat perempuan cantik
Perempuan akan cakap :"Sepadan sangat..."
Kalau lelaki tak kacak  dapat perempuan cantik
Perempuan akan cakap :"Mesti kena bomoh perempuan tu!"

Kalau lelaki kacak ditinggalkan kekasih
Perempuan akan cakap :"Jangan sedih, saya kan ada...."
Kalau lelaki tak kacak ditinggalkan kekasih
Perempuan akan cakap :.....( Terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah. "Patutlah tengok saja luarannya")

Macam mana? Betul ke apa yang dikata? Apa-apa pun, sama ada betul atau salah, hanya kamu yang boleh beri jawapan. Tepuk dada tanya hati...Jangan marah ya...Guraw2 jer...

p/s : Walau bagaimanapun rupa paras orang itu....Bukan kita yang harus mengadili diri orang itu..  

“Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.”




1:53:00 am

COKLAT CEGAH PENYAKIT

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

Salam bertemu kembali..Hari ni kita cerita pasal coklat plak...Sape minat coklat??...Kalu xminat pun kena minat jgk sebab kajian dari itali menunjukkan coklat merupakan senjata baru untuk mencegah diabetes.Betul ke? Betul la ni...Di mana dengan mengamalkan mkan coklat pekat, ia di katakan dpt menurunkan risiko kerosakan dalam tubuh yg menjadi penyebab terjadinya diabetes.

TETAPI.....
KENAPA COKLAT  DI LABEL NEGATIF?
Coklat mengandungi sjenis bioaktif yg bermanfaat untuk mencegah terjadinya pengumpulan kolestrol pada dinding pembuluh darah. Selain itu, coklat juga menghasilkan antioksida untuk mengendalikan radikal bebas penyebab kanser.
Bagaimanapun, oleh kerana coklat mula diolah mjadi mkanan spti chocolate bar, dan blact forest cake yg sarat dgn gula dan lemak. Secara tidak lgsung kpntingan coklat terhadap tubuh badan di pertikaikan.Sebab itulah mkanan lazat drpada Amerika Tengah dan Selatan ini diberi label negatif. Apapun ianya bergantung kepada anda semua,yang penting jangan ambil dalam kuantiti yang banyak.INGAT tu!!



COKLAT BUKAN LAGI MUSUH
Pada tahun 2001, The American Cocoa Research Institute menemui bukti bahawa coklat serbuk dan Dark Chocolate boleh mendorong terbentuknya kolestrol baik di dalam tubuh manusia hingga 4%.Ini kerana coklat mengandungi 1/2 avanoid dan polifenol, iaitu antioksida yang boleh menurunkan kadar kolestrol,mengurang risiko tekanan darah tinggi,mengurangkan kesan penuaan,dan membersihkan radikal bebas dalam tubuh.



SUSU COKLAT=SPORT DRINK
Mesti ramai antara kamu yang bersenam kerap mengambil sport drink sebagai minuman penambah tenaga setiap kali selesai bersenam kan?..Kini kamu boleh bertukar kepada susu coklat.
Berdasarkan kajian di Indiana University, US minum susu rendah lemak juga boleh memberi tenaga. Malah susu coklat juga umpama sport drink yang boleh merangsang tenaga.


CEGAH STROK
Nak tahu tak,coklat boleh melindungi kita dari Strok?..Jom Baca....
Hasil penyelidikan University California,Coklat membantu mencegah terjadinya pembekuan darah. Ini kerana coklat mengandungi pengaruh yang sama dengan aspirin yang dikenali sebagai anti pembekuan darah.



PENYEBAB KEGEMUKAN?BETUL KE?
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Havard menunjukkan coklat tidak akan menyebabkan seseorang itu gemuk sekiranya mereka menjalani kehidupan yang aktif dan sihat, serta mengamalkan makan makanan seimbang.

TAHUKAH ANDA
Biji coklat mengandungi lemak (31%),karbohidrat (14%) dan protein (9%). Protein coklat kaya juga kaya dengan amino triptofan,fenilalanin, dan tyrosin. 




Sekiranya kamu pengemar coklat pasti ini satu berita gembira kan.Marilah nikmati kelazatan coklat serta khasiatnya tapi jangan lebih-lebih tau....Tubuh akan menjadi lebih segar dan bertenaga sekiranya kamu menikmati coklat secara rutin...Ok,semoga berjumpa lagi di lain info...Salam 1 Ump..

3:52:00 am

Erkkk....!!! Nafas Berbau

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

Hai...Jumpa lagi....Kali ni topik apa la yer....Jom baca.Ermmm,Mungkin kamu tergolong dalam org yg bertuah kerana memiliki segala-galanya, bijak, cantik dan pandai bergaya. Bagaimanapun, semua itu tenggelam apabila kamu mula bersuara...Betol ke? Cube imbas kembali..hehehhe...Masalah nafas berbau bukan sahaja mencacatkan penampilan malah is secara tidak langsung juga boleh membuatkan kalu hilang keyakinan diri. 

PUNCA-BAU NAFAS
BACTERIA
Bakteria antara punca utama bau nafas.Masih ingat lagi pesanan ibu bapa dan guru sewaktu kecil agar menggosok gigi sebelum tidur? Menurut pakar pergigian, bakteria mulut,anaerobic,punca utama masalah ini berlaku. Ia hidup dan membiak di dalam mulut dengan sisa protein makanan yang melekat di celah gigi dan gusi. Bagi memudahkan penghadaman, makhluk halus ini melarutkan sisa protein dengan gas volatile sulfur compounds (VSCs). Bau gas ini lebih busuk daripada telur tembelang atau perot ikan.

Walaupun cepat membiak,bakteria ini juga mudah mati apabila terdedah kepada oksigen. Justeru itu, ia gemar bersembunyi dan membuat sarang di tempat terselindung terutamanya di bawah lidah. Sarangnya berlapis-lapis daripada lendir dan cecair sisa makanan. ketika proses ini, gas VSCs dilepaskan berterusan, membuatkan nafas kamu berbau.


MULUT KERING
Air  liur penting untuk mengawal kesegaran nafas. Bagaimanapun pengeluaran air liur yg brkurangan ketika tidur, menyebabkan mulut kering dan nafas berbau setiap pagi. Bagaimanapun jika mulut kering pada waktu siang, ia petanda ada penyakit lain atau kesan sampingan kandungan dadah di dalam ubat yg diambil.

TITISAN UBAT HIDUNG
Lendir juga mudag terbentuk kesan daripada penggunaan ubat titis di dalam hidung untuk mengubati selesema,alahan atau penyakit lain sprti resdung. lendir ini terkumpoul di dalam rongga hidung menjadi tempat terbaik bakteria bersarang. Sebaik-baiknya gunakan ubat sembur pemecah lendir utk mengurangkan dan mengatasi masalah nafas berbau.

DIET
Biasanya ketika mengunyah makanan, pengeluaran air liur akan meningkat. Dan sekiranya kamu berdiet, ini bermakna kamu kurang makan sekali gus air liur juga kurang dirembeskan menyebabkan nafas berbau

PENGELUARAN HORMON
Biasanya wanita menghadapi perubahan hormon beberapa hari sebelum haid. Ia bukan sahaja menyebabkan mood berubah,tetapi juga menjejaskan keadaan bau nafas kerana ketika ini darah mengandungi protein berlebihan dan sangat disukai bakteria anaerobik.

JENIS MAKANAN
Makan jangan sebarangan makan kerana sesetengah jnis mkanan boleh myebabkan nafas berbau.Antaranya,makanan yg mgandungi sulfur seperti bawang putih,kubis,brokoli dan bawang. Gas sulfur dalam makanan diserap ke dalam darah melalui perut kemudian ke paru-paru sebelum dilepaskn menerusi pernafasan.