- Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)
- ...Kebajikan anda, tanggungjawab kami...
-
Salam bertemu kembali..Hari ni kita cerita pasal coklat plak...Sape minat coklat??...Kalu xminat pun kena minat jgk sebab kajian dari itali ...
-
Mari tinjau jap cik anim aniemah ni jual ape? OOOOoo...T-shirt peka 1 rupanya.... Jadi sapa yg berminat boleh la berurusan dengan cik anim a...
-
24.9.2011,SABTU- Bengkel pemantapan seketriat peka 1 telah di adakan di blok WDK13 &WDK14 pada pukul 9pagi, bengkel tersebut di mulak...
-
Tahukah anda berbagai manfaat dari membiasakan diri bangun pagi? ANTARANYA: Anda dapat menikmati udara segar yang belum tercemar. Saat itu...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Saudara/saudari, Taklimat berkaitan Sistem Permohonan Kolej Kediaman bagi sesi 2011/2012 akan dia...
About Me
LInk AduAn
Blog Archive
Popular Posts
EXTRA LINK...
KEMPEN SAYANGI JANTUNG ANDA
Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)PADA dasarnya, penyakit jantung adalah pembunuh senyap di kalangan wanita yang boleh diibaratkan sebagai bom jangka yang menunggu masa untuk meletup. Menurut data yang dikeluarkan oleh Pemantauan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Malaysia 2005/2006, faktor risiko NCD yang jelas, seperti hiperkolesterolemia, kenaikan glukosa darah, obesiti (kegemukan) dan sebagainya adalah lebih tinggi di kalangan wanita berusia 25 hingga 64 tahun berbanding lelaki dalam kumpulan usia yang sama.
Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, yang juga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM), penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di kalangan wanita di Malaysia dan di seluruh dunia sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.
"Penyakit jantung sentiasa dianggap sebagai penyakit lelaki kerana kaum lelaki mendapat penyakit ini 10 tahun sebelum wanita.
"Wanita dilindungi daripada penyakit jantung oleh tahap estrogen yang tinggi. Bagaimanapun, ini tidak bermakna wanita 'imun' atau lali kepada penyakit ini,” jelasnya.
Tambah Dr. Kah Lin, tahap estrogen turun apabila wanita sudah menopaus atau putus haid. Tahap trigliserida dan LDL (kolesterol jahat) di kalangan wanita yang berumur juga naik, bukan sahaja disebabkan menopaus tetapi juga disebabkan kenaikan berat badan dan penuaan. Semua ini menaikkan risiko penyakit jantung di kalangan wanita.
Jadi, sebelum putus haid, risiko wanita mendapat sakit jantung adalah lebih rendah berbanding lelaki.
Namun, keadaan berubah apabila putus haid. Risiko wanita mendapat penyakit jantung kini setara dengan lelaki.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kesedaran umum terhadap kesihatan wanita, khususnya berkaitan kanser payu dara dan kanser serviks (pangkal rahim), telah meningkat.
Kini wanita lebih menyedari tentang penyakit ini dan tahu cara untuk mengambil langkah pencegahan yang perlu untuk menjaga kesihatan mereka.
Tetapi mengapa penyakit pembunuh nombor satu di kalangan wanita ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya?
Inilah yang mendorong Kah Lin berusaha meningkatkan kesedaran di kalangan wanita, khususnya mereka yang berisiko tinggi. Baru-baru ini, Kah Lin sempat ditemuramah tentang usahanya meningkatkan kesedaran sakit jantung di kalangan wanita dan risiko yang dihadapi golongan ini.
Soalan
Walaupun mempunyai jadual tugas yang sibuk, Datuk tetap memainkan peranan aktif untuk menggerakkan kempen Go Red for Women di Malaysia sempena Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac. Mengapa?
Jawapan
Sebagai ahli Persekutuan Jantung Dunia, YJM ingin memainkan peranan dalam usaha menonjolkan penularan penyakit jantung di kalangan wanita. Sebagai seorang pakar kardiologi, saya berpendapat bahawa kesihatan jantung di kalangan wanita patut diberi lebih perhatian.
Wanita menjaga semua orang di keliling mereka, tetapi mereka sering mengabaikan diri mereka sendiri dalam proses menjaga orang lain.
Kempen antarabangsa Go Red for Women bertujuan untuk mengurangkan penyakit kardiovaskular (CVD) di kalangan wanita dengan meningkatkan kesedaran global dan komitmen kepada CVD di kalangan wanita.
Soalan
Bukankah penyakit jantung lebih kerap menyerang lelaki daripada wanita?
Jawapan
Pada umumnya, penyakit jantung memang dianggap menyerang kebanyakan lelaki, malah pakar penjagaan kesihatan profesional sendiri memberi lebih tumpuan kepada lelaki daripada wanita.
Salah tanggapan inilah sebenarnya yang menyebabkan kita perlu mendidik orang ramai amnya dan wanita Malaysia khususnya, tentang serangan penyakit jantung di kalangan wanita.
Seorang dalam setiap empat wanita Malaysia mati akibat penyakit jantung yang juga merupakan punca utama kematian di kalangan wanita. Kematian akibat sakit jantung adalah 2.5 kali lebih tinggi daripada kematian akibat semua penyakit kanser. Malah, dari tahun 1990 hingga 2005, penyakit jantung di kalangan wanita meningkat sehingga 135 peratus.
Soalan
Mengapa kadar kematian wanita yang disahkan sakit jantung begitu tinggi?
Jawapan
Biasanya saiz wanita adalah lebih kecil berbanding dengan lelaki. Ini menyukarkan rawatan, terutamanya apabila menggunakan kaedah angioplasti dan pembedahan bypass kerana saluran darah adalah lebih kecil.
Soalan
Apakah punca utama penyakit jantung di kalangan wanita?
Jawapan
Faktor risiko penyakit jantung adalah sama di kalangan lelaki dan wanita. Faktor yang paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung ini adalah Diabetes Mellitus, yang turut dikenali dengan risiko bersamaan kardiovaskular.
Ini bermakna, sekiranya anda merupakan pesakit diabetes, besar kemungkinan anda mempunyai penyakit jantung. Selain itu, obesiti, kolesterol tinggi, hipertensi, pengambilan lemak secara berlebihan, kurang bersenam, dan merokok turut menjadi faktor penyumbang kepada penyakit jantung.
Tambahan pula, risiko CVD di kalangan wanita menjadi lebih tinggi apabila usia mereka meningkat, disebabkan perubahan fisiologi yang dikaitkan dengan usia pertengahan dan menopaus, iaitu perlindungan semula jadi mereka daripada penyakit jantung.
Estrogen berkurangan apabila putus haid. Namun, wanita lebih muda juga perlu menjaga kesihatan jantung mereka.
Soalan
Saya dapat tahu kesedaran terhadap gejala awal serangan jantung boleh menyelamatkan nyawa. Apakah gejala jelas yang menandakan serangan jantung di kalangan wanita?
Jawapan
Faktor risiko di kalangan wanita adalah sama seperti lelaki, tetapi wanita yang mengalami serangan jantung mungkin tidak menunjukkan tanda amaran seperti lelaki. Angina atau lebih dikenali sebagai sakit dada, adalah tanda amaran awal serangan jantung.
Anda akan rasa himpitan dalam dada secara mendadak yang kemudian merebak ke lengan.
Ini adalah kerana jantung anda tidak mendapat cukup oksigen disebabkan pengumpulan plak dalam arteri jantung. Selain daripada itu, anda akan merasa sakit di bahagian rahang, bahagian depan leher dan juga lengan, terutamanya lengan kiri, kadang-kala sakit pada kedua-dua lengan dalaman. Gejala-gejala yang lain termasuk sukar bernafas dan keletihan.
Soalan
Seperti yang sering dikatakan, pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Jadi, soalan penting ialah bagaimana saya, sebagai seorang wanita, boleh mencegah serangan jantung?
Jawapan
Mengekalkan berat badan yang sihat adalah cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan jantung. Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam secara sederhana setiap hari selama 30 minit. Makan secara sederhana dan ambil makanan yang sihat untuk jantung.
Pilih makanan serat tinggi dan rendah lemak dan kurangkan pengambilan garam. Satu lagi langkah pencegahan yang mudah tetapi sangat berkesan ialah berhenti merokok, kerana merokok merosakkan jantung dan saluran darah.
Kawal tekanan darah dan tahap kolesterol andadan ketahui sejarah keluarga anda sama ada terdapat anggota keluarga yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan sakit jantung dalam usia muda (bawah usia 55 tahun bagi lelaki dan bawah usia 65 tahun bagi wanita).
Ini seharusnya memberi isyarat amaran awal untuk anda memberi lebih perhatian kepada kesihatan jantung anda.
Taman Ilmuan Berkeunggulan
Menjana Insan Yang Cemerlang
Bagi Agama Bangsa dan Negara
Pasti Jadi Amalan
Demi Kemajuan Pertiwi
Bekal Masa Hadapan
Wadah Pendidikan Bangsa
UMP Megah dan Bangga
Lahirkan Cendekiawan Mulia
Terbilang Meraih Kejayaan
Meluaskan Wawasan Ilmu dan Kemahiran
Maju Gemilang Antarabangsa
IJAZAH BERKEMBAR FARMASEUTIKAL- UMP
Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)Makmal Berpusat Dilancar, UMP Jalin Kerjasama Bidang Kejuruteraan Teknologi Farmaseutikal
Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)| Makmal Berpusat Dilancar, UMP Jalin Kerjasama Bidang Kejuruteraan Teknologi Farmaseutikal |
Kuantan, 17 Jun - Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini melancarkan makmal berpusat yang akan menjadi pusat rujukan setempat bagi aktiviti penyelidikan dan pengujian produk keluaran industri di Malaysia, khususnya di Pantai Timur. Majlis perasmian disempurnakan Exco Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohd. Sharkar Shamsudin mewakili Menteri Besar Pahang. Makmal berpusat yang letaknya di Taman Teknologi & Inovasi UMP Gambang ini lengkap dengan peralatan berteknologi tinggi yang berupaya menjalankan pengujian terhadap bahan kimia, bioteknologi dan bahan material yang melibatkan ujian kualiti air, keselamatan makanan, produk halal, ubat-ubatan, produk kecantikan dan lain-lain. Menurut YB Dato' Haji Mohd. Sharkar dalam ucapannya berkata, "Kewujudan makmal UMP ini akan merancakkan pembangunan industri berteknologi tinggi bagi produk makanan halal, bioteknologi, pusat maklumat dan teknologi komunikasi (ICT) dan pusat teknologi pertanian dengan kedudukan yang strategik di Taman Teknologi Gambang ini ." Kerjasama dengan ITT dan MOPI dalam bidang industri farmaseutikal ini bakal melahirkan jurutera dan pakar teknologis mahir untuk bersaing dalam pasaran kerja pada masa hadapan. Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr, Daing Nasir Ibrahim berkata, "Kerjasama strategik dengan ITT yang mempunyai bidang kepakaran dalam bidang ini, apatah lagi Republik Ireland yang merupakan pelopor dalam industri farmaseutikal menjadikan program yang ditawarkan di UMP lebih berdaya saing." Katanya, "Kerjasama dengan MOPI yang mempunyai 34 industri berlatar belakangkan industri farmaseutikal di Malaysia ini memberi peluang pelajar UMP dalam mendapatkan pengalaman menjalani latihan industri semasa di semester keempat dan keenam." Selain itu pelajar juga berpeluang menjalani latihan industri dalam semester kelapan di industri antarabangsa dalam mahupun luar negara," katanya. UMP merupakan universiti pertama di Malaysia yang akan menawarkan program Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi (Farmaseutikal) bagi pengambilan sesi akademik mulai tahun hadapan.Kerjasama ini dijangka dapat merancakkan pembangunan industri Farmaseutikal di Malaysia dengan kemudahan fasiliti dan penyelidikan yang dijalankan di UMP. Majlis menandatangani memorandum disempurnakan Naib Canselor UMP dan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz, manakala ITT diwakili Presidennya, Pat Maclaughin dan Ketua Sains ITT, Micheal Ahern. Sementara itu, Organisasi Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) diwakili Presidennya, Leonard Ariff Shatar dan Timbalan Presiden MOPI, Ching Kien Peng. Hadir menyaksikan detik bersejarah ini Duta Republik Ireland, H.E Declan Kelly dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Dato' Hilmey Mohd. Taib. Disediakan Oleh Unit Perhubungan Awam & Media Pejabat Naib Canselor |
- Menjadi sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam memacu kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar serta menjadikan kebajikan pelajar sebagai keutamaan, demi merealisasikan UMP sebagai universiti teknikal bertaraf dunia.
- Menerajui pembangunan sahsiah pelajar melalui program kepimpinan yang sistematik disamping menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang berkualiti sejajar dengan aspirasi universiti iaitu menjadi universiti teknikan bertaraf dunia.
- Membantu menangani masalah yang dihadapi oleh mahasiswa serta memperjuangkan hak-hak mahasisiwa didalam kolej kediaman

