11:24:00 pm

Makluman awal permohonan Kolej Kediaman Pelajar sesi 2011/2012

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)


Saudara/saudari yang dihormati sekalian,

Permohonan Kolej Kediaman Pelajar bagi sesi 2011/2012 akan dibuka kepada semua pelajar berdaftar UMP (diploma dan ijazah) bermula 18 April 2011 sehingga 3 Mei 2011.

Untuk makluman, pemilihan kemasukan ke Kolej Kediaman Pelajar bermula sesi 2011/2012 adalah berdasarkan sistem Merit dan Demerit yang diambilkira sepanjang sesi 2010/2011 sebagaimana berikut:


Pelajar tahun satu sesi 2010/2011
60% merit akademik (berdasarkan CGPA semester 1 2010/2011) dan
40% merit aktiviti (berdasarkan penglibatan aktiviti semester 1 dan semester 2 sesi 2010/2011).

Dikira sehingga 14 April 2011.

*Rujuk perincian merit aktiviti.

Demerit bagi kesalahan disiplin sepanjang sesi 2010/2011.

*Rujuk perincian demerit kesalahan disiplin.


Sila pastikan penglibatan aktiviti saudara/saudari sepanjang 2010/2011 telah direkodkan ke dalam Sistem Aktiviti Pelajar. Ini bertujuan memastikan saudara/saudari memperoleh merit aktiviti bagi tujuan pemilihan Kolej Kediaman Pelajar sesi 2010/2011.


0 comments: