Walaupn program CO-lead ni da lama berakhir tapi kami masih lagi bersmgat.... Kpd plajar Diploma....sekiranya ad sbrg masalah sila hbgi kami...kami sentiasa bersama anda sebagai teman prjuangn....
- Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)
- ...Kebajikan anda, tanggungjawab kami...
-
Salam bertemu kembali..Hari ni kita cerita pasal coklat plak...Sape minat coklat??...Kalu xminat pun kena minat jgk sebab kajian dari itali ...
-
Salam 1 Ump...Apa khabar? Hari ni kita relax kejap dengan post terbaru ni yer....Sekali -sekala, kita cuba yang baru....Semoga anda semua...
-
Mari tinjau jap cik anim aniemah ni jual ape? OOOOoo...T-shirt peka 1 rupanya.... Jadi sapa yg berminat boleh la berurusan dengan cik anim a...
-
24.9.2011,SABTU- Bengkel pemantapan seketriat peka 1 telah di adakan di blok WDK13 &WDK14 pada pukul 9pagi, bengkel tersebut di mulak...
-
Tahukah anda berbagai manfaat dari membiasakan diri bangun pagi? ANTARANYA: Anda dapat menikmati udara segar yang belum tercemar. Saat itu...
About Me
LInk AduAn
Blog Archive
Popular Posts
EXTRA LINK...
Walaupn program CO-lead ni da lama berakhir tapi kami masih lagi bersmgat.... Kpd plajar Diploma....sekiranya ad sbrg masalah sila hbgi kami...kami sentiasa bersama anda sebagai teman prjuangn....
Selamat datang kepada pelajar baru yang kini merupakan mahasiswa dan mahasiswi UMP...Tahniah diucapkan kerana telah berjaya dan terpilih melanjutkan pelajaran di UMP...
Kepada penghuni-penghuni Kolej Kediaman 1 yang baru sahaja mendaftar, selamat datang diucapkan daripada barisan PEKA 1 dan kami amat berbesar hati menerima kehadiran anda sebagai rakan dan jiran kami yang baru di Kolej Kediaman 1...
Insyaallah pelbagai aktiviti yang menarik bakal dianjurkan bagi memberi peluang kepada anda merasai 'student life' di UMP...
PEMANTAPAN JATI DIRI .... BUKAN CALANG-CALANG...
Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)Setelah berkampung di Amansari Resort , Kuantan bagi program COLLEGE LEADERSHIP (C0-LEAD) 2011 selama 3hari 2 mlm iaitu pd 20-22 Mei 2011.....PEKA 1 kini smakin mantap....
Xapa jika xpercaya.... :)
Tapi kini....PEKA 1 .....kini mgorak lngkah ...pemantapan jati diri .... segalanyer....
Masih lagi x percaya....?
Usah ragui kami lagi....
Tak pelah....sy beritahu nanti...teruskan bersama kami
KK1 Di hati anda....Peka 1 jua bersama anda.. ;)
Study ! ! ! - time 4 study week
Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)Makluman awal permohonan Kolej Kediaman Pelajar sesi 2011/2012
Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)
Saudara/saudari yang dihormati sekalian,
Permohonan Kolej Kediaman Pelajar bagi sesi 2011/2012 akan dibuka kepada semua pelajar berdaftar UMP (diploma dan ijazah) bermula 18 April 2011 sehingga 3 Mei 2011.
Untuk makluman, pemilihan kemasukan ke Kolej Kediaman Pelajar bermula sesi 2011/2012 adalah berdasarkan sistem Merit dan Demerit yang diambilkira sepanjang sesi 2010/2011 sebagaimana berikut:
Pelajar tahun satu sesi 2010/2011
60% merit akademik (berdasarkan CGPA semester 1 2010/2011) dan
40% merit aktiviti (berdasarkan penglibatan aktiviti semester 1 dan semester 2 sesi 2010/2011).
Dikira sehingga 14 April 2011.
*Rujuk perincian merit aktiviti.
Demerit bagi kesalahan disiplin sepanjang sesi 2010/2011.
*Rujuk perincian demerit kesalahan disiplin.
Sila pastikan penglibatan aktiviti saudara/saudari sepanjang 2010/2011 telah direkodkan ke dalam Sistem Aktiviti Pelajar. Ini bertujuan memastikan saudara/saudari memperoleh merit aktiviti bagi tujuan pemilihan Kolej Kediaman Pelajar sesi 2010/2011.
Taklimat Sistem Permohonan Kolej Kediaman sesi 2011/2012
Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saudara/saudari,
Taklimat berkaitan Sistem Permohonan Kolej Kediaman bagi sesi 2011/2012 akan diadakan pada 16 April 2011 ( Sabtu ) sebagaimana berikut:
Kampus Pekan
Masa : 11.00 pagi
Tempat : DK 1, FKEE
Kampus Gambang
Masa : 3.00 petang
Tempat : DKU 1, Blok W
Tujuan taklimat adalah untuk memberi penerangan berhubung proses permohonan Kolej Kediaman Pelajar bagi sesi 2011/2012 menggunakan Sistem Permohonan Kolej Kediaman yang telah dikemaskini.
Terima kasih.
SEJENAK BERSAMA PEKA...
Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)Salam...Selamat Sejahtera...n Salam 1 Malaysia...
Sebagaimana yang kita tahu... Kemudahan di kk1 seperti tandas, bilik , pengurusan dan sebagainya masih di tahap yang kurang memuaskan..Jadi kami mohon kerjasama penghuni kk1 melaporkan sebarang aduan kerosakan kepada pihak pengurusan kk1 yang boleh didapati di E-com.. Anda juga boleh melaporkan kepada kami dan kami akan membantu anda sedaya upaya kami.. kami akan berusaha meminta pihak pengurusan kk1 menyediakan maintenance bagi memastikan kemudahan asas kk1 sentiasa dalam keadaan baik..
Oleh itu, kami amat berharap penghuni kk1 perlu alert dan ada inisiatif diri untuk melaporkan sebarang aduan agar ada komunikasi dua hala antara pihak pengurusan dan penghuni kk1.
Jika ada sebarang pertanyaan sila-silalah hubungi kami, kami sebagai ahli pimpinan baru peka1 2011/2012 amat berharap kita semua boleh bersama-sama sebagai teman memperjuangkan hak kita di kk1..
~KEBAJIKAN ANDA TANGGUNGJAWAB KAMI~










