5:27:00 am

Jom manjakan diri

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)





Hai rakan-rakan sekalian, apa khabar? di kala masing-masing tengah berkejar-kejar menyiapkan tugasan sebagai mahasiswa/ siswi. Marilah sama-sama kita manjakan diri kita dan pulihkan tenaga yang hampir habis  di tepi pantai. Tak kesahlah pantai mana pun, ( Kuantan kan banyak pantai ), luangkan masa anda walaupun sekejap bersama-sama rakan anda. 


3 alasan terbaik untuk manjakan diri di tepi pantai


1. Berkaki ayamlah ketika berjalan di tepi pantai.Butiran pasirnya boleh berfungsi untuk mengurut tapak kaki kamu. Malah berjalan di atas pasir boleh diibaratkan seperti melalukan pedicure.




2. Air laut boleh meremajakansel-sel kulit, menghilangkan racun,dan melembutkan kulit. Magnesium dalam air laut juga boleh menimbulkan rasa tenang,menghilangkanstress dan keletihan.


3. Ion negatif udara pantai membantukamu bernafas lebih baik dan menghilangkan rasa demam.


Semoga tips kali ni dapat membantu anda tenang dan cergas kembali sebagai mahasiswa/ siswi UMP yang cemerlang... JUmpa lagi. DAAAaaaaa

6:23:00 pm

PROGRAM PEKA 1 :Tingkatkan daya ingatan

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

1. Beolah raga




Aktiviti fizikal boleh memnbantu menguatkan jantung dan menggalakkan pergerakan otot. Aktiviti sebegini boleh meningkatkan bekalan darah dan nutrisi ke otak.


Jadi nak promote la kat sini, jangan ketinggalan untuk menyertai kejohanan futsal kk1 bermula pada 14 April sehingga 13 Mei 2012. Sehubungan dengan itu, penyertaan telah dibuka kepada semua penghuni kolej kediaman untuk menyertai kejohanan ini. berikut adalah butiran program: tempat: Gelanggang Futsal Kolej Kediaman Satu ...
tarikh: 14 April-13 Mei 2012 
hari: sabtu dan ahad 
masa: 5.00-7.00 petang 
yuran: RM20 (satu kumpulan) 
*Pengurus kumpulan hendaklah penghuni kk1. setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 8 orang ( 1 pengurus,5 pemain, 2 pemain simpanan). Penyertaan hanya tertakluk kepada lelaki sahaja tetapi perempuan boleh menjadi pengurus pasukan. 
tarik tutup penyertaan adalah pada 13 April 2012. 


Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Aidil (017-6562991). 16 pasukan pertama yang mendaftar akan diberikan keutamaan. 
*mata merit akan diberikan kepada setiap penyertaan. *hadiah mingguan dan keseluruhan disediakan bagi tempat 1-3.

11:50:00 am

Selamat Datang Semester baru...

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar? Harap2 ok2 ajer...Emm..Keputusan peperiksaan sudah diketahui umum. ada yang mendapat kedudukan cemerlang (KC), kedudukan Baik (KB), Pemulihan 1 (P1) dan pemulihan 2 (P2) serta tak kurang juga yang mendapat kedudukan gagal (KG). Bagi yang cemerlang, tahniah dari pihak kami ucapkan. Yang masih belum berjaya tingkatkan usaha untuk sem nie... Bak kata orang la.' Sebuah kejayaan bermula dengan sebuah kegagalan'...  Hero selalu kalah dulu'....Betul x..? = p

Jom kita mulakan sem baru ni dengan Uji minda dengan teka- teki.... Sekadar pemulaan bagi info-info yamg akan datang.

1.       Ia wujud dua kali dalam sesaat
sekali dalam sehari
sekali dalam sebulan
sekali dalam setahun
Tapi tiada dalam seminit

2.       Buang aku dalam dari bangunan tinggi
Aku tak kan hancur terhempas
Tapi buang aku ke laut
Aku pasti kan hancur dan musnah

3.       Kalu satu, ia banyak
Dua, sedikit-sedikit
Tiga, kadang-kadang,
Empat pula, jarang-jarang

JAWAPAN:
1.       Huruf ‘a’
2.       Tisu
3.       Perkahwinan

        Jumpa lagi....


5:39:00 pm

PERSONALITI DIRI.. (part 2)

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....Mari kita praktis ilmu yang di beri oleh Dr.kamaruzzaman Ahmad pada sesi bengkel pengurusan diri dan stress .Walaubagaimanapun ini adalah hasil kajian dari beberapa pakar tanyalah hati dan iman samaada mahu mempercayainya atau sebaliknya...sekadar perkongsian bersama..jom...

Bagaimana nak tahu personaliti diri melalui tarikh lahir anda?...mari ikot step ini

STEP 1 :
Gantikan tarikh di atas dengan tarikh lahir anda dan ikut cara pengiraan di atas..Cukup jelas? kalu x jelas boleh klik gambar untuk membesarkannya...hehhehe ^^
  • Pastikan apabila nombor anda di tambah menjadi 1 digit sahaja..kalu x, tambahkan la dua digit 2...nanti jadilah 1 digit..hhehehehe ^^
  • Anda akan dapat 4 nombor...ini adalah nombor apabila anda dalam keadaan normal, bukan dalam keadaan stress atau bad mood.
STEP 2 :

  • Buat bentuk bintang seperti di atas....isi mengikut cara di atas...untuk bucu yang berwarna coklat gelap anda boleh dapati dengan mengikut langkah pengiraan yang telah di tunjukkan di atas...Senang jer, tolak la nombor bucu dengan nombor bucu satu lagi...dapatla nombor bucu yang tengah...dapat? kalu xdapat, buat sampai dapat...hehhehhee
  • Langkahnya sama sahaja dengan cara mengira di step 1...

  • Dari step 2 anda akan dapat nombor abnormal anda maksudnya nombor apabila anda mengalami stress atau gangguan emosi...
JOM KITA TENGOK APA MAKSUD TERSIRAT DI SEBALIK SETIAP NOMBOR

Nombor  1 : Seorang yang sistematik dan terurus..macam nombor 1 yang lurus tu jugak...dia seorang yang perbersih...bagi mereka yg mempnyai nombor 1, nak stresskan mereka senang jer, ambik sampah banyak2 letak kat tempat dia, mesti dia stress..hehhehe ^^

Nombor 2 : Bijaksana, cerdik..terutama sekali nombor tu ada di tengah2 bintang...kawasan tengah bintang bermaksud , personaliti berada di jiwa...personaliti nombor 2 mudah stress kerana terlalu ramai orang suka berkongsi masalah  dengannya...ini kerana personaliti Nombor 2 pendengar masalah yang baik terutama kepada sesiapa yg mempunyai Nombor 5.

Nombor 3 :Sifat kemanusiaan yang tinggi, toleransi, penyayang, sanggup berkorban...tetapi awas kerana anda  mudah tertipu dan di tipu oleh orang lain kerana anda terlalu la baik..hehhehehe...Betul ke?

Nombor 4 : Alam,adalah personaliti diri anda...sifat alam yang pelbagai...sentiasa ingin sesuatu yang pelbagai dan suka outdoor...contohya....bila makan mesti ada pelbagai jenis lauk pauk di atas meja...Stress pun boleh datang sekiranya di kafe lauk asik sama jer..kerana lumrah alam, perlukan pelbagai.

Nombor 5 : Magnet..Magnet mempunya daya penarik dan menolak...personaliti nombor 5 mempunyai ramai kawan, byk bercakap, dan boleh menyesuaikan diri kepada semua peringakat umur samada kanak2, orang tua dan ramai lagi.TetaPi, personaliti no 5 seorang yang pendendam..dan paling bahaya anda berisiko mendapat penyakit jiwa kerana anda mungkin suka bercakap sorang2..jadi awas yer!!!! No 5 juga tidak sesuai berkongsi masalah dengan personaliti Nombor 5 juga..bukan itu sahaja jangan lupa sifat penolak magnet itu...

Nombor 6 :Personaliti yang berseni...tidak kisah la time normal atau tidak normal, anda kadang-kadang bersyair, berpuitis macamla penyair..hehhehehe..Apabila anda mempunyai masalah, anda perlu mengasingkan diri anda dengan orang lain...kerana tiada seorang pun akan paham kesakitan yang anda rasa....

Nombor 7 : Seorang yang berani, selalu mencuba dan seorang yang kuat tampar...Janganlah cabar personaliti Nombor 7 untuk tampar anda kerana nanti betul2 dia tampar nanti..Hehehehehe..@@

Nombor 8:Raja segala raja....ibarat seperti raja kadang2 tanpa disuruh mesti ada orang yang sedia berkhidmat untuk anda....contohnya, kalu anda ada orang lain yang tak puas hati dengan anda, anda sendiri tak perlu setelkan sendiri rakan2 anda secara automatik telah menyelesaikan untuk anda..Jadi janganlah cari gaduh dengan personaliti v  nie.....anda juga raja segala nafsu, nafsu makan jangan ckap la..kalu nak ayam, ayam la...taknak benda lain da..

Nombor 9 ; Seorang pemenang...sentiasa nak menang dan seorang yang sentiasa nak proof dalam sesuatu kenyataan..Walaupun anda  sentiasa ingin menjadi pemenangtetapi janganla berdebat dengan pesyarah, ibu bapa dan orang yang lebih tua. Ini kerana budi bahasa dan hormat menghormati itu penting...

Nombor 0 : Seorang yang moody...anda apabila sakit amat payah baik dan kemungkinan mendapat penyakit yang berat..jadi jagalah diri dan sentiasa alert tentang kesihatan masing2..

Maaflah sikit sahaja perkongsian di sini ....Insyaallah apabila dr.Kamaruzzaman ahmad buat bengkel personaliti diri lagi di ump, moh la ramai2 hadiri bengkel tersebut.

Jadi mungkin ada yang tertanya2 apa kaitan ini dengan stress...Jawapannya stress hanya dapat di atasi sekiranya diri kita tahu apa masalah dan punca utama stress tersebut...Contohnya kalu sifat anda adalah nombor 2 anda perlu la pandai supaya tidak stress apabila ada orang asik mengadu masalah dekat anda... 
walaubagaimanapun , semuanya datang dari diri anda...anda sahaja dapat mengawalnya...

selamat mencuba....... ^^






5:13:00 pm

Atasi stress Jom (Part 1).... EXCO KAUNSELING PEKA 1

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)


Alhamdulillah akhrnya BENGKEL PEGURUSAN DIRI DAN STRESS yang diadakan pada 17hb 12 2011 di WDKU2 telah berjalan dengan lancarnya...Banyak informasi dan  ilmu yang telah di kongsi kepada hampir 150 orang pelajar ump ...Semoga Dr.Kamaruzzaman Ahmad boleh berkongsi lagi lagipengetahuan beliau di lain waktu.... ^^



Oleh itu mari kita lihat bagaimana cara atasi stress ni...Part 1
1. Peregangan
Berbaring dan regangkan tubuh Anda. Bernafaslah selama setiap peregangan. Tarik......... Hembussss...Tarik... Hembusss ^^ Dengan mengendurkan area tegang, dapat membantu melepaskan stres atau emosi yang terpendam. Ketika kita melepaskan ketegangan, kita akan merasa jauh lebih baik.

2. Bernafas dalam-dalam
Bernafas secara perlahan membantu seseorang untuk memperlambat proses berpikir dan mengamati alur pernafasan. Ketika kita menyedarinya, kita dapat mengeluarkan nafas lebih efektif. Banyak orang menahan nafas ketika mereka cemas. Menghembuskan nafas dalam-dalam dapat melegakan perasaan, seolah-olah beban telah pergi.
Dalam yoga, seseorang diajarkan untuk bernafas melalui hidung, kemodian kerongkong lalu masuk ke dalam perut. Hal ini dapat membantu memperlambat  aliran pernafasan, sehingga membawa pada perasaan yang lebih tenang.

3. Tegang lalu lepaskan
  • Angkat alis dan buka mulut lebar-lebar, melibatkan semua otot di wajah.
  • Lalu lepaskan.
  • Tegangkan seluruh tubuh Anda.
  • Buat kepalan tangan yang kuat,
  • arahkan kaki Anda,
  • angkat bahu Anda dan goncangkan kaki serta tangan Anda.
  • Lalu lepaskan semuanya sekaligus. Idealnya, ini dilakukan dengan berbaring. Ketika Anda melepaskan ketegangan, berbaring sejenak dan rasakan sensasi yang mengalir dalam tubuh. Dapat x? Cube lagi...


4. Latihan berat
Larilah secepat mungkin. Keluarkan semuanya. Ini adalah kesempatan Anda untuk mendorong keluar sifat agresif selama satu atau dua menit. Tapi kemudian berjalanlah. Jalan perlahan-lahan. anda akan tenang
Memperlambat seluruh sistem tubuh Anda. Menahan diri dengan memperlambat detak jantung. Tindakan mendorong secara ekstrim dan meredakan secara ekstrim akan melatih tubuh untuk dapat pulih dari stres dengan cepat. Ketika Anda semakin terlatih pada latihan keras ini, waktu pemulihan akan menjadi lebih mudah.
5. Hangatkan  tubuh Anda
Gosokkan kedua tangan Anda dengan penuh semangat sampai terasa panas. Kemudian letakkan mereka pada wajah Anda, nikmati aliran panasnya. Ini akan sangat menghibur dan membantu Anda untuk tenang.
Selain itu, untuk  membantu meningkatkan pencernaan adalah tidur dengan botol air panas pada perut Anda. Ini akan membantu membuka simpul yang mungkin telah terbentuk di perut Anda.Percaya x? cube try...

6. Menulis
Menuliskan masalah yang terjadi seringkali membantu memperjelas apa yang harus Anda hadapi. Ini merupakan cara yang hebat jika Anda menghadapi masalah  tidak dapat Anda tangani. Tuliskan semuanya dan aturkan  waktu untuk menangani nya pada hari berikutnya, sehingga Anda dapat cukup rehat. Ingatlah bahwa kita selalu lebih efektif jika kita rehat  cukup,
7. Mendengar muzik
Muzik  mempunyai  efek yang luar biasa pada diri kita. Musik klasik atau lagu-lagu pujian umumnya mempunyai efek yang sangat menenangkan. Mendengarkannya saat keadaan kacau dapat menenangkan perasaan

8. Biarkan pergi
Seringkali stres meningkat karena ada ancaman serius. Walaubagaiman pun, sekiranya masalah yang dihadapi  dibiarkan, ia hanya akan membuat segalanya menjadi lebih sukar. Dengan ikhlas menerima akibatnya,kemungkinan perkara yang sukar ]untuk ditangani, boleh membuatkan kita akan melihat lebih jelas bahwa diujung jalan ada sebuah harapan. Seseorang mungkin dapat menemukan peluang luar biasa saat berhadapan dengan kesulitan.

7:52:00 pm

program terbaru...yokk ramai2 warga UMP GAMBANG

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)


BENGKEL PENGURUSAN DIRI DAN STRESS

Tarikh : 17 Disember 2011 / Sabtu
Tempat : WDKU 2, UMP Gambang
Masa : 8.30 pg - 4.30 ptg
Penceramah : Dr. Kamarulzzaman Bin Ahmad

Bengkel ini diutamakan kepada pelajar UMP Gambang yang dianjurkan oleh PEKA 1 dengan kerjasama SAFFAD. Objektif program adalah untuk membantu pelajar untuk menguruskan diri & stress supaya dapat menangani masalah-masalah yang timbul akibat daripada stress.

Sijil dan merit diberi kepada peserta. Makan dan minum juga disediakan.

Untuk pedaftaran sila berikan maklumat seperti dibawah :
Nama Penuh
Nombor ID
Nombor IC
Nombor Tel
Kolej Kediaman

atau sms pada Amirul (012-7697367), Shahrul (013-4506200)

2:57:00 pm

SANTAI>>>>

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)



1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.



6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?