5:39:00 pm
PERSONALITI DIRI.. (part 2)
Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....Mari kita praktis ilmu yang di beri oleh Dr.kamaruzzaman Ahmad pada sesi bengkel pengurusan diri dan stress .Walaubagaimanapun ini adalah hasil kajian dari beberapa pakar tanyalah hati dan iman samaada mahu mempercayainya atau sebaliknya...sekadar perkongsian bersama..jom...
Bagaimana nak tahu personaliti diri melalui tarikh lahir anda?...mari ikot step ini
STEP 1 :
Gantikan tarikh di atas dengan tarikh lahir anda dan ikut cara pengiraan di atas..Cukup jelas? kalu x jelas boleh klik gambar untuk membesarkannya...hehhehe ^^
- Pastikan apabila nombor anda di tambah menjadi 1 digit sahaja..kalu x, tambahkan la dua digit 2...nanti jadilah 1 digit..hhehehehe ^^
- Anda akan dapat 4 nombor...ini adalah nombor apabila anda dalam keadaan normal, bukan dalam keadaan stress atau bad mood.
STEP 2 :
- Buat bentuk bintang seperti di atas....isi mengikut cara di atas...untuk bucu yang berwarna coklat gelap anda boleh dapati dengan mengikut langkah pengiraan yang telah di tunjukkan di atas...Senang jer, tolak la nombor bucu dengan nombor bucu satu lagi...dapatla nombor bucu yang tengah...dapat? kalu xdapat, buat sampai dapat...hehhehhee
- Langkahnya sama sahaja dengan cara mengira di step 1...
- Dari step 2 anda akan dapat nombor abnormal anda maksudnya nombor apabila anda mengalami stress atau gangguan emosi...
JOM KITA TENGOK APA MAKSUD TERSIRAT DI SEBALIK SETIAP NOMBOR
Nombor 1 : Seorang yang sistematik dan terurus..macam nombor 1 yang lurus tu jugak...dia seorang yang perbersih...bagi mereka yg mempnyai nombor 1, nak stresskan mereka senang jer, ambik sampah banyak2 letak kat tempat dia, mesti dia stress..hehhehe ^^
Nombor 2 : Bijaksana, cerdik..terutama sekali nombor tu ada di tengah2 bintang...kawasan tengah bintang bermaksud , personaliti berada di jiwa...personaliti nombor 2 mudah stress kerana terlalu ramai orang suka berkongsi masalah dengannya...ini kerana personaliti Nombor 2 pendengar masalah yang baik terutama kepada sesiapa yg mempunyai Nombor 5.
Nombor 3 :Sifat kemanusiaan yang tinggi, toleransi, penyayang, sanggup berkorban...tetapi awas kerana anda mudah tertipu dan di tipu oleh orang lain kerana anda terlalu la baik..hehhehehe...Betul ke?
Nombor 4 : Alam,adalah personaliti diri anda...sifat alam yang pelbagai...sentiasa ingin sesuatu yang pelbagai dan suka outdoor...contohya....bila makan mesti ada pelbagai jenis lauk pauk di atas meja...Stress pun boleh datang sekiranya di kafe lauk asik sama jer..kerana lumrah alam, perlukan pelbagai.
Nombor 5 : Magnet..Magnet mempunya daya penarik dan menolak...personaliti nombor 5 mempunyai ramai kawan, byk bercakap, dan boleh menyesuaikan diri kepada semua peringakat umur samada kanak2, orang tua dan ramai lagi.TetaPi, personaliti no 5 seorang yang pendendam..dan paling bahaya anda berisiko mendapat penyakit jiwa kerana anda mungkin suka bercakap sorang2..jadi awas yer!!!! No 5 juga tidak sesuai berkongsi masalah dengan personaliti Nombor 5 juga..bukan itu sahaja jangan lupa sifat penolak magnet itu...
Nombor 6 :Personaliti yang berseni...tidak kisah la time normal atau tidak normal, anda kadang-kadang bersyair, berpuitis macamla penyair..hehhehehe..Apabila anda mempunyai masalah, anda perlu mengasingkan diri anda dengan orang lain...kerana tiada seorang pun akan paham kesakitan yang anda rasa....
Nombor 7 : Seorang yang berani, selalu mencuba dan seorang yang kuat tampar...Janganlah cabar personaliti Nombor 7 untuk tampar anda kerana nanti betul2 dia tampar nanti..Hehehehehe..@@
Nombor 8:Raja segala raja....ibarat seperti raja kadang2 tanpa disuruh mesti ada orang yang sedia berkhidmat untuk anda....contohnya, kalu anda ada orang lain yang tak puas hati dengan anda, anda sendiri tak perlu setelkan sendiri rakan2 anda secara automatik telah menyelesaikan untuk anda..Jadi janganlah cari gaduh dengan personaliti v nie.....anda juga raja segala nafsu, nafsu makan jangan ckap la..kalu nak ayam, ayam la...taknak benda lain da..
Nombor 9 ; Seorang pemenang...sentiasa nak menang dan seorang yang sentiasa nak proof dalam sesuatu kenyataan..Walaupun anda sentiasa ingin menjadi pemenangtetapi janganla berdebat dengan pesyarah, ibu bapa dan orang yang lebih tua. Ini kerana budi bahasa dan hormat menghormati itu penting...
Nombor 0 : Seorang yang moody...anda apabila sakit amat payah baik dan kemungkinan mendapat penyakit yang berat..jadi jagalah diri dan sentiasa alert tentang kesihatan masing2..
Maaflah sikit sahaja perkongsian di sini ....Insyaallah apabila dr.Kamaruzzaman ahmad buat bengkel personaliti diri lagi di ump, moh la ramai2 hadiri bengkel tersebut.
Jadi mungkin ada yang tertanya2 apa kaitan ini dengan stress...Jawapannya stress hanya dapat di atasi sekiranya diri kita tahu apa masalah dan punca utama stress tersebut...Contohnya kalu sifat anda adalah nombor 2 anda perlu la pandai supaya tidak stress apabila ada orang asik mengadu masalah dekat anda...
walaubagaimanapun , semuanya datang dari diri anda...anda sahaja dapat mengawalnya...
selamat mencuba....... ^^
0 comments:
Post a Comment