KANDUNGAN SOYA
Zat Besi dalam kacang soya mampu
Zat Besi dalam kacang soya mampu
- melindungi tubuh dari anaemia
- membekalkan oksigen dalam darah
Kacang soya juga mengandungi vitamin B kalsium dan magnesium. Sekiranya di ambil secara kerap, berkemungkinan untuk terkena penyakit tulang atau gigi rapuh dapat di elakkan.
Kacang soya yang di olah menjadi tempe, susu soya, atau tauhu mampu membekalkan khasiat yang sama seperti daging.
Kandungan isoflavon yang terdapat di dalam kacang soya mampu menurunkan kadar kolestrol jahat dan kacang soya juga dianggap sebagai pengganti protein yang berkualiti tinggi.
- Menyimpan isiflavon di dalam tubuh ternyata menguntungkan kerana ia bukan sahaja berfungsi mengurangkan sistem menopaus, tetapi juga dapat mengurangkan risiko pertumbuhan sel kanser seperti kanser prostat, payu dara, rahim dan usus..INGAT TU!!!
KESANNYA?
Antara manfaat soya ialah membolehkan seseorang itu terhindar daripada masalah penyempitan pembuluh darah dan stroke.. Kamu perlu tahu......stroke bukan sahaja menyerang mereka yang berumur sahaja, bahkan golongan muda seperti kamu juga tidak akan terlepas daripada masalah ini. Jadi marilah sama-sama kita menjaga diri kita untuk hidup yang lebih bermakna.
TAHUKAH KAMU???
- Makanan yang berasaskan soya boleh menggantikan tenaga yang hilang setelah melakukan aktiviti luar yang lasak
- Manakala buat si gadis yang sentiasa ingin tampak ramping dan langsing, susu soya adalah pilihan terbaik..Ini kerana kandungan kalorinya yang sangat rendah akan membuatkan kamu berasa selamat ketika menikmatinya.
0 comments:
Post a Comment