1:37:00 pm

6 tips jadi sahabat diri sendiri

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)



Assalamualaikum dan salam 1 Ump....

Topik apa la hari ni kan....kami peka sentiasa bersenang hati ingin berkongsi info dan tip untuk anda semua...Jadi untuk hari ni...6 TIPS JADI SAHABAT DIRI SENDIRI...Jadi sahabat diri sendiri?..Pelik ke bunyi nyer? Kamu biasanya mempunyai teman baik , geng yang paling ngam dengan kamu namun tak pernah plak rasa diri kamu kamu boleh menjadi sahabat yang paling sejati dan jujur....Betul tak? Namun , bagaimana mahu menjadi sahabat diri sendiri?... Jom semak


Berani pertahankan diri

Kadangkala,apabila mempunyai teman baik atau teman-teman, mereka akan memainkan peranan untuk mempertahankan kamu apabila dilanda masalah. Namun, sebenarnya , sekiranya tiada teman yang mahu membela kamu, diri kamu adalah sahabat paling baik untuk mempertahankan setiap pendapat kamu. Beranikan diri untuk bersuara dan mempertahankan pendapat dan membela diri. Mesti konfiden baru la ada berani....

Luaskan pergaulan

Tidak semestinya bergaul dengan teman-teman yang popular, anda pun turut popular. Yakin dengan kemampuan dan diri kamu sendiri, luaskan pergaulan dengan cara tersendiri. Pasti ia lebih baik dan ramai yang akan kenal siapa kamu. Gunakan diri dan jangan gunakan orang lain untuk dikenali..Ingat tu  : )

Cantik

Dia cantik la...Saya x pun? Perlu ke membandingkan diri kamu dengan orang lain. Menyakitkan diri sendiri je..Banyak kekurangan yang kamu peroleh tapi pasti ad kelebihan yang tersendiri.Namun, cuba kamu tengok diri sendiri dan puji apa yang di anugerahkan kepada kamu. Kritik apa yang perlu diperbaiki. Beri peluang diri kamu untuk menjadi dirinya...Pasti lebih menarik bukan?

Masalah Cinta

CINTA<CINTA>CINTA....MASALAH jer...Sekiranya Kamu berkongsi masalah cinta dengan teman baik, dia akan menggalakkan kamu untuk membenci teman lelaki kamu.Pernah x terkena situasi begini?..Ermmm,..Namun, apabila kamu percaya kepada diri kamu dan yakin dengan keputusan yang kamu buat untuk masalah yang melanda kamu, segala rahsia tidak terbongkar. Malahan, imej negatif teman lelaki kamu hanya akan diketahui oleh kamu dan diri sendiri sahaja...


Perbaiki diri

Setiap orang mempunyai kelemahan dan sikap yang buruk. Memang orang lain boleh memberitahu keburukan kamu tetapi pasti kamu akan berasa malu dan terasa kan?..Betul x? Namun diri kamu sendiri boleh membantu kamu untuk memandang diri serta memperbaiki segala kelemahan yang ada. Malahan, diri kamu akan menjadi lebih jujur berbanding orang lain.

Ceria

Ketika kamu dilanda masalah yang menyedihkan, pasti kamu memerlukan teman-teman untuk menceriakan keadaan. Tetapi, jika  teman-teman tiada, kamu mempunyai diri sendiri untuk menceriakan diri kamu. Malahan, kamu tahu apa yang diperlukan untuk mengembalikan keceriaan kamu kan...! Lebik baik menggembirakan diri sendiri..betul x?


Semoga  tips ini dapat membantu anda menjadi lebih baik dan semakin sAyang pada diri sendiri..Jumpa lagi..... ;)

0 comments: