1:53:00 am

COKLAT CEGAH PENYAKIT

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

Salam bertemu kembali..Hari ni kita cerita pasal coklat plak...Sape minat coklat??...Kalu xminat pun kena minat jgk sebab kajian dari itali menunjukkan coklat merupakan senjata baru untuk mencegah diabetes.Betul ke? Betul la ni...Di mana dengan mengamalkan mkan coklat pekat, ia di katakan dpt menurunkan risiko kerosakan dalam tubuh yg menjadi penyebab terjadinya diabetes.

TETAPI.....
KENAPA COKLAT  DI LABEL NEGATIF?
Coklat mengandungi sjenis bioaktif yg bermanfaat untuk mencegah terjadinya pengumpulan kolestrol pada dinding pembuluh darah. Selain itu, coklat juga menghasilkan antioksida untuk mengendalikan radikal bebas penyebab kanser.
Bagaimanapun, oleh kerana coklat mula diolah mjadi mkanan spti chocolate bar, dan blact forest cake yg sarat dgn gula dan lemak. Secara tidak lgsung kpntingan coklat terhadap tubuh badan di pertikaikan.Sebab itulah mkanan lazat drpada Amerika Tengah dan Selatan ini diberi label negatif. Apapun ianya bergantung kepada anda semua,yang penting jangan ambil dalam kuantiti yang banyak.INGAT tu!!



COKLAT BUKAN LAGI MUSUH
Pada tahun 2001, The American Cocoa Research Institute menemui bukti bahawa coklat serbuk dan Dark Chocolate boleh mendorong terbentuknya kolestrol baik di dalam tubuh manusia hingga 4%.Ini kerana coklat mengandungi 1/2 avanoid dan polifenol, iaitu antioksida yang boleh menurunkan kadar kolestrol,mengurang risiko tekanan darah tinggi,mengurangkan kesan penuaan,dan membersihkan radikal bebas dalam tubuh.



SUSU COKLAT=SPORT DRINK
Mesti ramai antara kamu yang bersenam kerap mengambil sport drink sebagai minuman penambah tenaga setiap kali selesai bersenam kan?..Kini kamu boleh bertukar kepada susu coklat.
Berdasarkan kajian di Indiana University, US minum susu rendah lemak juga boleh memberi tenaga. Malah susu coklat juga umpama sport drink yang boleh merangsang tenaga.


CEGAH STROK
Nak tahu tak,coklat boleh melindungi kita dari Strok?..Jom Baca....
Hasil penyelidikan University California,Coklat membantu mencegah terjadinya pembekuan darah. Ini kerana coklat mengandungi pengaruh yang sama dengan aspirin yang dikenali sebagai anti pembekuan darah.



PENYEBAB KEGEMUKAN?BETUL KE?
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Havard menunjukkan coklat tidak akan menyebabkan seseorang itu gemuk sekiranya mereka menjalani kehidupan yang aktif dan sihat, serta mengamalkan makan makanan seimbang.

TAHUKAH ANDA
Biji coklat mengandungi lemak (31%),karbohidrat (14%) dan protein (9%). Protein coklat kaya juga kaya dengan amino triptofan,fenilalanin, dan tyrosin. 




Sekiranya kamu pengemar coklat pasti ini satu berita gembira kan.Marilah nikmati kelazatan coklat serta khasiatnya tapi jangan lebih-lebih tau....Tubuh akan menjadi lebih segar dan bertenaga sekiranya kamu menikmati coklat secara rutin...Ok,semoga berjumpa lagi di lain info...Salam 1 Ump..

3 comments:

...QaSeH... said...

terbaek~~ keep up doin a gud job PEKA1!!^^

...QaSeH... said...

terbaek~~ thumbs up..^^ There is nothing better than a friend, unless it is a friend with chocolate.~~

afifa azmi said...

There is nothing better than a friend, unless it is a friend with chocolate.~~
keep duin a gud job!!^~