2:33:00 am

PENCARIAN SEKRETARIAT KOLEJ KEDIAMAN 1

Posted by Persatuan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 1 (PeKa 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sukacita di maklumkan bahawa pencarian Sekretariat baru KK1 akan di buka.Oleh itu, Perwakilan Mahasiswa Kolej kediaman 1 membuka peluang kepada penghuni Kolej Kediaman 1 UMP untuk menjadi sekretariat KK1 bagi membantu melicinkan program dan aktiviti yang akan dianjurkan oleh PEKA 1 bagi sesi 2011/2012..

Buat pengetahuan semua, PEKA 1 terdiri daripada 9 biro iaitu:-





1) Biro  Kerohanian


2) Biro Blok & Disiplin


3) Biro Kebudayaan


4) Biro Sukan & Rekreasi


5) Biro  Keusahawanan


6) Biro Dokumentasi & Komunikasi

7)Biro Kaunseling

8)Biro Pembangunan & Penyelidikan

9)Biro Hubungan Luar

Sehubungan dengan itu, adalah dialu-alukan kepada semua penghuni KK1 yang berminat mengambil borang dari pejabat pengurusan Kolej Kediaman 1 mulai 14/9/2011.
Borang perlulah dihantar selewat-lewatnya ISNIN(19/9/2011). Penyertaan daripada anda sangat digalakkan

*Merit akan diberikan.

Kerjasama dari anda juga amatlah kami hargai.
Sekian,harap maklum
''KEBAJIKAN ANDA TANGGUNGJAWAB KAMI"

0 comments: